Showing posts with label smka maahad hamidiah kajang. Show all posts
Showing posts with label smka maahad hamidiah kajang. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

Pertandingan Merekacipta "PERAMAH"

Sukacita dimaklumkan bahawa JK PERAMAH mempelawa penyertaan para ahli dalam Pertandingan Merekacipta reka bentuk perkataan “PERAMAH” untuk dijadikan ‘brand’. 'Brand' ini akan digunakan utk semua aktiviti PERAMAH termasuk sticker, letterhead, t-shirt, jersey, clip dll. Our aim adalah untuk menggilap 'brand' PERAMAH ini hingga ke arena antara bangsa… ke pelusuk dunia.


berikut adalah syarat2 pertandingan:
  1. Reka bentuk perlu menggunakan perkataan PERAMAH itu sendiri sebagai logo .eg : MILO, Nescafe.
  2. Perkataan hanya boleh menggunakan tulisan rumi atau jawi sahaja tetapi jelas dan boleh dibaca.
  3. Satu penyertaan setiap seorang samada ianya dihantar secara individu atau berkumpulan.
  4. Selebihnya adalah bebas bergantung kepada kreativiti anda.
Tarikh tutup pertandingan: 21 Julai 2011
Penghantaran hasil boleh dibuat dengan e-mailkan kepada: peramah20112013@gmail.com


Pemenang akan memperoleh wang tunai RM250.00

Friday, November 6, 2009

PANGGILAN HAJI


Salam, akibat silap terjah, saya ter'chat' dengan isteri orang, sedangkan Abdul Halim Sujai, rakan satu batch di Maahad Hamidiah adalah orangnya yang ingin diajak borak. Malah saya tidak sempat mengenali isterinya yang menggelarkan dirinya Wan itu. Namun dari Wan, beliau memberitahu sesuatu yang amat memeranjatkan.

Rupa-rupanya kawan baik saya ini, Halim kini telah berada di Madinah untuk menunaikan haji dan telah berada di sana sejak Isnin kelmarin.

Sebelum nih Halim langsung tak pernah bercerita bahawa dia akan menunaikan haji. Malah mungkin bukan topiknya lagi kerana usia masih di ambang 40 tahun. Berita ini sangat mengejutkan. Tetapi berikut seperti kata si isteri;

"Halim ni kalau nak buat benda mmg suka diam2...itu yg bagusnya...Tapi dia mmg berniat dan nekad umur 40 mesti gi haji.. Minta2 teruslah berubah jadi makin baik...skrg ni pun dah cukup baik...mana tau makin baik..saya lak kena berubah ikut dia..maklumlah saya ni gila2 sikit... Alaa...Halim tu brutal sikit....nasihat tak pandai...tapi tegur kaw2....mmg keja dia..ada lak yg meleleh air mata dibuatnya... Sehari biasanya 2 kali dia call tapi tulah...asyik2 tersalah waktu...orang dah nak tidur masa tulah baru dia call....tgh adjust masa tidur dan waktu Malaysia...Kalau Kak Ai nak sms dia ni no tel dia...966597893275..@ 0145441315."

Buat kekawan yang seangkatan, kawan kita Abdul Halim Sujai Alhamdulillah telah sampai seru menunaikan haji. Mari kita doakan agar Halim selamat di sana, dapat mengerjakan ibadat dengan baik dan lancar, dan akhirnya pulang dengan haji yang Mabrur!

Agak tersentuh juga hati ini dengan adanya kekawan yang mengerjakan haji pada usia yang relatifnya 'muda' dan sebagaimana beberapa rakan seangkatan lain yang telah selamat mengerjakan haji sebelum ini, Alhamdulillah, syukur kepada Allah!
nota: kemampuan hanya masih pada tulisan, desakan kepada pembaca Utusan Malaysia untuk menjadi Tetamu Allah, diri sendiri?! hehehehhe Insya Allah!

Siti Ainiza

Monday, October 5, 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS RUMAH TERBUKA PERAMAH SYAWAL 2009!!!




Asssalamualaikum wr wbt dan ucapan Selamat Hari Raya buat semua Warga PERAMAH yang dikasihi!!!!
 
DALAM suasana Raya yang masih begitu dirasai dan dirai, PERAMAH  juga tidak mahu ketinggalan untuk menjayakan satu Majlis yang amat bermakna buat kita semua. RUMAH TERBUKA PERAMAH SYAWAL 2009!
 
Dijangkakan ia merupakan Rumah Terbuka yang Paling Peramah yang pernah dianjurkan oleh mana-mana pihak sebelum ini!!!! (Tidak sekadar kerana kita adalah PERAMAH)
 
Kami bagi pihak PERAMAH begitu berbesar hati untuk menjemput saudara-saudari sekalian seisi keluarga untuk beramai-ramai hadir dan sama-sama memeriahkan lagi majlis tersebut.
 
Butiran Majlis;
1) Rumah Terbuka PERAMAH   SYAWAL 2009
2) Tarikh: 17 Oktober 2009
3) Tempat: Laman SMKA Maahad Hamidiah Sungai Ramal,
                  Kajang Selangor.
4) Bayaran: RM10.00 (individu) atau RM20 (sekeluarga)
5) Masa: 12.00 tgh - 6.00 petang.
 
Rumah Terbuka ini berkonsepkan kita semua ada Tuan Rumah (host) dengan pihak Exco-exco hanya membantu untuk menyelaraskan majlis ini supaya ia berjaya dilaksanakan mengikut citarasa masing-masing.
 
Namun pada asasnya, beberapa buah gerai akan disediakan bagi menyajikan beberapa jenis juadah. Namun yang lebih digalakkan agar kita semua dapat membawa juadah masing-masing (pot luck) dari rumah masing-masing untuk dikongsi bersama dengan tetamu-tetamu yang lain. 
 
Tidak perlu banyak kerana serba sedikit pun tidak mengapa kerana yang penting hanya bagi memeriahkan lagi suasana dan supaya lebih berwarna warni di samping masing-masing hadir bergaya dalam busana-busana yang pelbagai corak dan warna!
 
Majlis berlangsung dalam secara tidak formal, bebas dan santai walaupun akan diselitkan beberapa aturcara yang akan diumumkan kelak.
 
Saya bagi pihak PERAMAH, amat mengharapkan kehadiran anda sekalian! Ambillah kesempatan untuk anda menjadikan majlis ini sebagai medan pertemuan semula (re union) dengan batch masing-masing!
 
Tidak perlu susah-susah untuk mencari tarikh, masa dan tempat kecuali dengan hanya menjadikan Majlis yang diselenggarakan oleh PERAMAH ini untuk anda bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan anda yang lama itu.
 
Namun pada asasnya tentulah, Rumah Terbuka PERAMAH ini untuk kita semua saling bertemu, berkenalan dan bermesra tanpa mengira tahun kemasukan lama atau baru. Ini kerana itu lebih menjadi matlamat utama majlis seperti ini diadakan!
 
Walau apapun, saya juga amat berharap agar acara Majlis ini dapat disebarkan seluas mungkin kepada semua alumni-alumni Maahad sama ada berdaftar atau pun tidak dengan PERAMAH!
 
Minta semua dijemput hadir!!!! Sila war-warkan dengan apa cara pun dan segala kerjasama anda itu, amatlah kami hargai!
 
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, jangan segan bertanyakan pihak exco termasuk sebarang cadangan DAN sumbangan adalah amat dialu-alukan bagi menjadikan majlis ini sebagaimana yang anda mahukan!
 
Kami juga mengharapkan kepada mana-mana pihak untuk menawarkan khidmat sukarelawan bagi membantu melicinkan lagi persiapan dan perjalanan majlis. Sila kemukan kepada pihak EXCO.
 
Sekian, jutaan terima kasih atas perhatian dan kerjsama anda sehingga kita bertemu di Majlis Rumah Terbuka tersebut. Walaupun diadakan di akhir Syawal namun diharapkan ada keberkatannya buat kita semua, insya Allah!!!
 
Yang benar,
SITI AINIZA KAMSARI
SETIAUSAHA PERAMAH
019-3049484



Thursday, October 1, 2009

Impromptu Gathering and Get-Together Batch SRP-1983




19 orang warga PERAMAH (batch SRP-1981 & SPM 1985)


Seramai 19 orang alumni SMKA Maahad Hamidiah Kajang Batch SRP-1983, SPM-1985 telah berkesempatan menghadiri perjumpaan dan gathering impromptu yang telah diadakan di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa TTDI Jaya, Seksyen U2 Shah Alam. 


Mengikut pelan asalnya, sesi perjumpaan tersebut diadakan untuk meraikan sdra Yusaini Usulludin yang pulang bercuti dari UK dan hanya menjemput rakan-rakan yang tinggal di kawasan berhampiran. Dengan hanya menyasarkan 5, 6 orang rakan-rakan untuk hadir, organizer - sdra Ahmad Hazari Ismail aka AHI dan Badrul Hisham Hamzah aka BAD, tidak menyangka ramai rakan-rakan lain termasuk dari kawasan luar Shah Alam juga hadir seperti sdra Ahmad Razali Isnin dari Labuan, sdra Nurulhuda Rosli dari Ulu Yam, sdra Lokman Mujib Misnan dari Banting, sdra Mohammad Shaharin Ibrahim  aka Ayen dari Muadzam Shah dan lain-lain lagi.  


Lokasi pertemuan iaitu di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa dipilih kerana ia berada di kawasan Shah Alam dan diruskan oleh seorang sahabat dari KIK/KISAS iaitu sdra Hisham Hashim. Sdra Hisham telah menyediakan ruang di tingkat atas restoran dengan selesa kerana tidak mengganggu pelanggan-pelanggan lain. Almaklum apabila sudah lama tidak bertemu kerana ada yang telah berpisah dan tidak bertemu semenjak lepas SPM lebih dari 20 tahun lampau sudah pasti pertemuan menjadi hiruk pikuk dan bingit dengan gurauan, usikan dan gelak tawa. Apatah pula ada di kalangan rakan-rakan yang sama kelab dengan Salih Yaacob (if you know what I mean ... :) ).


Pertemuan yang dijadualkan bermula pada jam 9.00 malam bermula agak lewat kerana ramai yang tersesat mencari lokasi dan tersalah info. Sewaktu menunggu hidangan disediakan, satu sesi ta'aruf iaitu meng"update" diri dan keluarga telah dilakukan. Tambahan pula ada beberapa rakan KIK/KISAS yang hadir sama memeriahkan gathering tersebut termasuk "orang kuat" Restoran Nasi Lemak Antarabangsa cawangan TTDI Jaya.


Berikut adalah senarai penuh alumni SMKA Maahad Hamidiah i.e. warga PERAMAH yang hadir:


Ahmad Hazari Ismail (AHI)
Badrul Hisham Hamzah (Bad)
Yusaini Usulludin (Yus)
Nasaruddin Ismail (Nasa)
Mohammad Shaharin Ibrahim (Ayen)
Mohd Khalid Rosman
Safaruddin Hassan (Safa)
Yusrizal Yusof
Nurulhuda Rosli (Huda)
Mohd Zaki Kadir (atoq)
Mohd Sabri Mohd Azhari (Ben)
Azhar Ghazali
Norezuan Ab Malek
Ahmad Razali Isnin
Raja Samsul Bahri
Mohd Razip Idris
Lokman Hakim (Mujib) Misnan
Mohd Fadli Bahari (Awi)
Saleh Abd Latif (blogmaster)


dan rakan-rakan KIK/KISAS


Muhd Hisham Hashim
AH Othman Bin Othman
Abdul Halim Abdul Hamid


Sdra Ahmad Razali telah mencadangkan agar pertemuan dan gathering yang akan datang diadakan di Pulau Labuan. Target date ialah cuti sekolah bulan Mei tahun depan (2010). Semoga ia menjadi satu kenyataan.


Sebelum usai majlis gathering tersebut, satu sesi bergambar telah diadakan menggunakan kamera canggih yang dibawa oleh sdra Yusaini. Sdra AH Othman telah berbesar hati meminjamkan tripodnya supaya tiada yang ketinggalan dalam sesi tersebut. Sdra Ahmad Razali telah berucap secara ringkas agar masing-masing tetap saling berhubungan dan contact mengontact mengekalkan silaturrahmi. Majlis pertemuan tersebut telah diakhiri dengan bacaan doa oleh sdra Nasa. Kemudian semuanya sebak ketika bersalam-salaman dan "hugging" sebelum bersurai.


(p/s: Jika ada sesiapa yang ingin menjadikan Restoran Nasi Lemak Antarabangsa TTDI Jaya, Shah Alam sebagai port pertemuan, meeting point dan sebagainya silalah menghubungi sdra Hisham Hashim di talian 013-335 5117.)




(dari kiri) AH Othman, Shaharin dan Hisham



Sabri aka Ben (berdiri) di belakang Shaharin



(dari kiri) Badrul Hisham Hamzah, Hisham dan AH Othman



(dari kiri) Yusrizal, Ahmad Hazari aka AHI, Ahmad Razali, Mohd Razip, Nasa & yours truely Saleh Abd Latif



(dari kiri) AHI, "Labuan-based lawyer" Ahmad Razali & Mohd Razip



Blogmaster (Saleh) diapit oleh (kiri) Nasarudin Ismail dan (kanan) Khalid Rosman



(dari kiri) Razip, Nasa & Saleh



Mohd Khalid Rosman sedang menta'arufkan diri kepada hadirin yang lain.
p/s: Nombor dobi semasa kat Maahad dulu ingat tak Khalid?



(dari kiri) Safaruddin Hassan (Nombor dobi 471) dan Mohd Fadhli aka AWI



Lain macam jer Ahmad Razali (kanan) merenung Abdul Halim. Ko perli kepala Ahmad ke Lim? hehehe



Mohd Zaki Kadir aka atoq (kanan berbaju merah) dengan rambut pacaknya. Di sebelahnya Razip sedang tekun mendengar celoteh Blogmaster Saleh sementara AHI ketawa sakan.



Tuesday, September 29, 2009

Jemputan Kepada Semua Alumni PERAMAH Berkongsi Berita, Cerita, Info dan Foto

Assalamualaikum

Kepada semua warga alumni PERAMAH.

Dijemput untuk berkongsi cerita-cerita, nukilan-nukilan berbentuk nostalgia atau kenangan, berita-berita, sebarang info dan foto-foto aktiviti yang melibatkan warga PERAMAH di laman blog rasmi PERAMAH.

Sebagai contoh, mungkin sdra Izzam aka scootering boleh berkongsi cerita dan aktiviti sambutan hariraya beliau di Sarawak baru-baru ini. Mungkin boleh kongsi foto-foto segala jenis makanan specialty Sarawak yang diomong-omongkan beliau di dalam YG forum.

Sudah pasti di kalangan warga PERAMAH memiliki makanan kegemaran dan special etnik mereka. Al-maklum warga PERAMAH sangat diverse. Ade Banjor (spt Yem, Zaini), ade Jowo (spt Wak Rumaizi, Wak Fatkur dan adiknya Dr Taufik), ade Minang, ade Bugis, ade Kampar, Mandailing, Rawa, yeop dan yong, ujang dan milah dan sebagainya.

Dan sudah pasti juga warga PERAMAH ni sangat pandai bernukilan. Sebahagiannya ada yang mempunyai laman blog sendiri. Inilah masanya jika ingin mengasah bakat penulisan. Boleh rakan-rakan PERAMAH membantu dari segi feedback dan sebagai pembaca.

Jadi, sila emelkan kepada blogmaster atau rakan-rakan Authors yang lain seperti yang tertera di laman blog PERAMAH - http://blogperamah.blogspot.com/

Semoga segala jasa dan sumbangan anda semua warga PERAMAH diberi keberkatan dan rahmat oleh Allah SWT.


regards,
blogmaster
Saleh Abd Latif (batch SRP-1983)

Friday, September 18, 2009

SYABAS DAN ALHAMDULILLAH! SUMBANGAN ALUMNI PERAMAH SEBANYAK RM5,000.00

from aman tamala
to maahad group
date Fri, Sep 18, 2009 at 12:37 AM
subject ALHAMDULILLAH - RM 5,000.00 UNTUK MAAHAD


Assalamualaik

Tengahari tadi, saya ke sekolah, bertemu dengan GPK 1, PK HEM dan GPK KoKu untuk menyampaikan rasa simpati PERAMAH terhadap musibah yang menimpa Ustaz Mahadhir pada hari Jumaat lepas, seterusnya saya sampaikan cek derma bernilai RM5,000.00 yang telah berjaya dikumpul daripada alumni.

Saya dimaklumkan bahawa RM24,000.00 yang disamun itu, RM14,000.00 adalah duit guru-guru Mahad yang meminta jasa baik Ustaz untuk menukarkannya di bank manakala baki RM10,000.00 adalah duit derma untuk diagihkan kepada pelajar- pelajar miskin dan yatim di Maahad. jadinya... pihak sekolah telah bermesyuarat dan bersetuju menggunakan duit tabung surau dahulu untuk agihan kepada pelajar. manakala duit guru- guru, perlu dipulangkan. Walau bagaimanapun saya dimaklumkan ramai guru yang 'menghalalkan' portion mereka. Namun saya juga dimaklumkanbahawa ustaz telah membuat personal loan dengan Bank Rakyat untuk cover duit rakan- rakan guru..

Sehubungan itu, pihak PERAMAH sangat2lah berterima kasih kepada semua alumni yang telah menderma utnuk tujuan tersebut. InsyaAllah duit itu akan dimasukkan kembali ke tabung surau oleh pihak sekolah...Semoga jasa baik dan keikhlasan sahabat-sahabat mendapat ganjaran daripadaNya.

Kita sama-sama doakan agar maahad yang kita sayangi..terpelihara daripada musibah dan bencana yang menyukarkan,


SELAMAT MENERUSKAN PUASA RAMADHAN
      SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI
             SELAMAT BERPUASA ENAM SYAWAL

Monday, September 14, 2009

SALAM DARI MAAHAD HAMIDIAH! ANDA DIPERLUKAN!!!!!!

from Siti Ainiza Kamsari
to maahad@yahoogroups.com
date Mon, Sep 14, 2009 at 12:52 PM
subject [maahad] SALAM DARI MAAHAD HAMIDIAH! ANDA DIPERLUKAN!!!!!!


Assalamualaikum wr wbt.

Kepada semua warga PERAMAH yang dikasihi. Pada hari ini kita benar-benar terpanggil kepada satu tanggungjawab kita sebagai alumni SMKA Maahad Hamidiah! Tanggungjawab membantu pihak sekolah yang tanpa disangka dan diduga, ditimpa satu  musibah yang agak besar. 

Berikut rentetan ringkas pada kejadian yang berlaku pada hari Hari Jumaat kelmarin. Iaitu pihak sekolah mengeluarkan wang simpanan mereka sebanyak RM24,000 dari sebuah bank.

Wang berkenaan bertujuan untuk menjayakan program Sumbangan Aidil Fitri kepada pelajar-pelajar SMKA Maahad Hamidiah yang kurang bernasib baik untuk menyambut Syawal, bayaran kepada para petugas sukarela sepanjang Ramadan dan termasuk pembiayaan kos penganjuran majlis.

Majlis itu hendak diadakan pada lusa, Rabu 16hb September seperti yang dirancang sebelum ini.

Wang tersebut berjaya dikeluarkan oleh Ustaz Mahathir, iaitu guru yang bertugas di SMKA Maahad Hamidiah, dibawa pulang dan perlu disimpan ke dalam peti besi sekolah.

Oleh kerana pada hari tersebut adalah hari Jumaat, Ustaz berkenaan tidak sempat untuk menyimpan ke dalam peti besi kerana hendak mengejar waktu Solat Jumaat di Masjid sekolah.

Namun takdir hendak berlaku ketika itu, wang yang beliau simpan di tempat duduk belakang keretanya benar-benar mengundang musibah. Ini apabila keretanya itu telah dipecah oleh anggota samun dan mereka berjaya membawa lari wang berkenaan!!!! RM24,000 lesap!

(Hari Jumaat lazimnya, sekolah adalah terbuka kepada semua umat Islam dari luar sekolah untuk masuk dan mengerjakan Solat Jumaat di situ. Ini menyebabkan pihak anggota keselamatan sekolah tidak ketat terhadap kawalan keselamatan dan melakukan pemeriksaan terhadap mana-mana pihak yang memasuki sekolah ketika itu)

Kejadian ini benar-benar malang! Malang lagi kepada Ustaz Mahathir untuk menanggungnya. Di tambah lagi antara wang yang disamun itu, termasuk wang-wang yang dikirim oleh para guru untuk mendapatkan wang kertas baru. Sudah tentunya untuk tujuan duit Raya atau angpow Raya.

Maka di sini, sumbangan dari kita semua diperlukan bagi membantu pihak sekolah bagi menjayakan majlis itu. Majlis itu tetap diteruskan walaupun pihak sekolah mengalami musibah ini.

Saudara dan saudari sekalian boleh membuat sumbangan ikhlas, iaitu seberapa yang mampu dengan memasukkan ke dalam akaun PERAMAH.

Sekurang-kurangnya dari pihak PERAMAH dijangkakan kita dapat membantu sebanyak RM10.000. Jadi, ini memerlukan satu usaha yang agak pro aktif bagi membantu pihak sekolah bagi menjayakan majlis yang cukup bermakna itu.

Begitupun sebenarnya pihak sekolah akhirnya beroleh jalan keluar menjayakan Majlis itu dengan mendapat 'pinjaman' sementara dari wang simpanan atau tabung Masjid sekolah.

Jadi ini bermakna bantuan dari anda masih diperlukan bagi membolehkan pihak sekolah membayar 'hutang' itu kelak. Ini termasuk meringankan beban Ustaz Mahathir yang tidak semena-mena perlu membayar kepada guru-guru yang mengirimkan mereka untuk ditukar kepada not baru itu. 

Resit akan dikeluarkan bagi setiap pembayaran menerusi akaun PERAMAH. Namun bagi mereka yang tidak sempat untuk mendepositkan ke dalam akaun dan wang tunai ada ditangan, Yang Dipertua PERAMAH, Saudara Budiman Harun Al Rashid menawarkan stafnya untuk menemui anda bagi mendapatkan sumbangan tersebut dari anda. Nyatakan sahaja masa dan alamat.

Dengan itu, saya memohon agar rayuan ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya dari pihak saudara saudari demi sekolah kita yang tercinta!

Lakukanlah ini juga sebagai antara amalan-amalan mulia yang dituntut sepanjang bulan Ramadan. Moga dengan sumbangan dari Saudara dan Saudari itu dikira Allah s.w.t sebagai amalan yang wajar mendapat ganjaran berlipat kali ganda dan bagi pihak PERAMAH, amalan mulia Saudara dan Saudari ini sekalian amat kami hargai. Hutang budi yang tidak terbayar namun Allah jua bakal membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, insya Allah!

Pihak PERAMAH sendiri akan membantu dengan kadar tertentu namun ia perlu ditokok lagi menerusi tangan-tangan yang mulia seperti anda semua!

Semoga kita memahami musibah yang menimpa sekolah kita ini dan wajar sekali kita selaku pelajar yang pernah menuntut ilmu di situ membantu mereka!


Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungan exco PERAMAH dan sila panjangkan usaha ini kepada warga PERAMAH lain untuk maksud yang sama!

Sekian,  SEMOGA USAHA KITA SEMUA DIBERKATI ALLAH!

Yang benar,
SITI AINIZA KAMSARI,
SETIAUSAHA PERAMAH
019-3049484 



PERSATUAN ALUMNI MAAHAD HAMIDIAH KAJANG
Maybank 5620-2160-1480

(Segala sumbangan yang dibuat sila maklumkan kembali kepada Bendahari PERAMAH, Siti Husna Basir 012-362 8600, Penolong Bendahari Zubaidah Salleh 012-268 2771)





Semua sumbangan semestinya dimasukkan ke dalam akaun PERAMAH walau bagai mana pun kita kesuntukan masa utk mencari dana bagi diserahkan pada pihak sekolah. Yang demikian sesiapa ingin menyerahkan sumbangan tunai saya akan mewakilkan staf saya untuk membuat kutipan dan resit rasmi PERAMAH akan dikeluarkan ketika kutipan dibuat.


Saya mensasarkan kutipan sebanyak RM 10,000.00 dapat diserahkan pada hari Rabu 16.9.09 dan saya menyeru semua warga Peramah dapat menyumbang setakat yang mampu bagi meringankan beban yg dihadapi oleh pihak sekolah dan juga ustaz mahathir.


Now this is the time for us to show our solidarity and brotherhood.


Wassalam
Budiman
YDP PERAMAH