Monday, September 14, 2009

SALAM DARI MAAHAD HAMIDIAH! ANDA DIPERLUKAN!!!!!!

from Siti Ainiza Kamsari
to maahad@yahoogroups.com
date Mon, Sep 14, 2009 at 12:52 PM
subject [maahad] SALAM DARI MAAHAD HAMIDIAH! ANDA DIPERLUKAN!!!!!!


Assalamualaikum wr wbt.

Kepada semua warga PERAMAH yang dikasihi. Pada hari ini kita benar-benar terpanggil kepada satu tanggungjawab kita sebagai alumni SMKA Maahad Hamidiah! Tanggungjawab membantu pihak sekolah yang tanpa disangka dan diduga, ditimpa satu  musibah yang agak besar. 

Berikut rentetan ringkas pada kejadian yang berlaku pada hari Hari Jumaat kelmarin. Iaitu pihak sekolah mengeluarkan wang simpanan mereka sebanyak RM24,000 dari sebuah bank.

Wang berkenaan bertujuan untuk menjayakan program Sumbangan Aidil Fitri kepada pelajar-pelajar SMKA Maahad Hamidiah yang kurang bernasib baik untuk menyambut Syawal, bayaran kepada para petugas sukarela sepanjang Ramadan dan termasuk pembiayaan kos penganjuran majlis.

Majlis itu hendak diadakan pada lusa, Rabu 16hb September seperti yang dirancang sebelum ini.

Wang tersebut berjaya dikeluarkan oleh Ustaz Mahathir, iaitu guru yang bertugas di SMKA Maahad Hamidiah, dibawa pulang dan perlu disimpan ke dalam peti besi sekolah.

Oleh kerana pada hari tersebut adalah hari Jumaat, Ustaz berkenaan tidak sempat untuk menyimpan ke dalam peti besi kerana hendak mengejar waktu Solat Jumaat di Masjid sekolah.

Namun takdir hendak berlaku ketika itu, wang yang beliau simpan di tempat duduk belakang keretanya benar-benar mengundang musibah. Ini apabila keretanya itu telah dipecah oleh anggota samun dan mereka berjaya membawa lari wang berkenaan!!!! RM24,000 lesap!

(Hari Jumaat lazimnya, sekolah adalah terbuka kepada semua umat Islam dari luar sekolah untuk masuk dan mengerjakan Solat Jumaat di situ. Ini menyebabkan pihak anggota keselamatan sekolah tidak ketat terhadap kawalan keselamatan dan melakukan pemeriksaan terhadap mana-mana pihak yang memasuki sekolah ketika itu)

Kejadian ini benar-benar malang! Malang lagi kepada Ustaz Mahathir untuk menanggungnya. Di tambah lagi antara wang yang disamun itu, termasuk wang-wang yang dikirim oleh para guru untuk mendapatkan wang kertas baru. Sudah tentunya untuk tujuan duit Raya atau angpow Raya.

Maka di sini, sumbangan dari kita semua diperlukan bagi membantu pihak sekolah bagi menjayakan majlis itu. Majlis itu tetap diteruskan walaupun pihak sekolah mengalami musibah ini.

Saudara dan saudari sekalian boleh membuat sumbangan ikhlas, iaitu seberapa yang mampu dengan memasukkan ke dalam akaun PERAMAH.

Sekurang-kurangnya dari pihak PERAMAH dijangkakan kita dapat membantu sebanyak RM10.000. Jadi, ini memerlukan satu usaha yang agak pro aktif bagi membantu pihak sekolah bagi menjayakan majlis yang cukup bermakna itu.

Begitupun sebenarnya pihak sekolah akhirnya beroleh jalan keluar menjayakan Majlis itu dengan mendapat 'pinjaman' sementara dari wang simpanan atau tabung Masjid sekolah.

Jadi ini bermakna bantuan dari anda masih diperlukan bagi membolehkan pihak sekolah membayar 'hutang' itu kelak. Ini termasuk meringankan beban Ustaz Mahathir yang tidak semena-mena perlu membayar kepada guru-guru yang mengirimkan mereka untuk ditukar kepada not baru itu. 

Resit akan dikeluarkan bagi setiap pembayaran menerusi akaun PERAMAH. Namun bagi mereka yang tidak sempat untuk mendepositkan ke dalam akaun dan wang tunai ada ditangan, Yang Dipertua PERAMAH, Saudara Budiman Harun Al Rashid menawarkan stafnya untuk menemui anda bagi mendapatkan sumbangan tersebut dari anda. Nyatakan sahaja masa dan alamat.

Dengan itu, saya memohon agar rayuan ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya dari pihak saudara saudari demi sekolah kita yang tercinta!

Lakukanlah ini juga sebagai antara amalan-amalan mulia yang dituntut sepanjang bulan Ramadan. Moga dengan sumbangan dari Saudara dan Saudari itu dikira Allah s.w.t sebagai amalan yang wajar mendapat ganjaran berlipat kali ganda dan bagi pihak PERAMAH, amalan mulia Saudara dan Saudari ini sekalian amat kami hargai. Hutang budi yang tidak terbayar namun Allah jua bakal membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, insya Allah!

Pihak PERAMAH sendiri akan membantu dengan kadar tertentu namun ia perlu ditokok lagi menerusi tangan-tangan yang mulia seperti anda semua!

Semoga kita memahami musibah yang menimpa sekolah kita ini dan wajar sekali kita selaku pelajar yang pernah menuntut ilmu di situ membantu mereka!


Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungan exco PERAMAH dan sila panjangkan usaha ini kepada warga PERAMAH lain untuk maksud yang sama!

Sekian,  SEMOGA USAHA KITA SEMUA DIBERKATI ALLAH!

Yang benar,
SITI AINIZA KAMSARI,
SETIAUSAHA PERAMAH
019-3049484 



PERSATUAN ALUMNI MAAHAD HAMIDIAH KAJANG
Maybank 5620-2160-1480

(Segala sumbangan yang dibuat sila maklumkan kembali kepada Bendahari PERAMAH, Siti Husna Basir 012-362 8600, Penolong Bendahari Zubaidah Salleh 012-268 2771)





Semua sumbangan semestinya dimasukkan ke dalam akaun PERAMAH walau bagai mana pun kita kesuntukan masa utk mencari dana bagi diserahkan pada pihak sekolah. Yang demikian sesiapa ingin menyerahkan sumbangan tunai saya akan mewakilkan staf saya untuk membuat kutipan dan resit rasmi PERAMAH akan dikeluarkan ketika kutipan dibuat.


Saya mensasarkan kutipan sebanyak RM 10,000.00 dapat diserahkan pada hari Rabu 16.9.09 dan saya menyeru semua warga Peramah dapat menyumbang setakat yang mampu bagi meringankan beban yg dihadapi oleh pihak sekolah dan juga ustaz mahathir.


Now this is the time for us to show our solidarity and brotherhood.


Wassalam
Budiman
YDP PERAMAH

No comments:

Post a Comment