19 orang warga PERAMAH (batch SRP-1981 & SPM 1985)
Seramai 19 orang alumni SMKA Maahad Hamidiah Kajang Batch SRP-1983, SPM-1985 telah berkesempatan menghadiri perjumpaan dan gathering impromptu yang telah diadakan di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa TTDI Jaya, Seksyen U2 Shah Alam.
Mengikut pelan asalnya, sesi perjumpaan tersebut diadakan untuk meraikan sdra Yusaini Usulludin yang pulang bercuti dari UK dan hanya menjemput rakan-rakan yang tinggal di kawasan berhampiran. Dengan hanya menyasarkan 5, 6 orang rakan-rakan untuk hadir, organizer - sdra Ahmad Hazari Ismail aka AHI dan Badrul Hisham Hamzah aka BAD, tidak menyangka ramai rakan-rakan lain termasuk dari kawasan luar Shah Alam juga hadir seperti sdra Ahmad Razali Isnin dari Labuan, sdra Nurulhuda Rosli dari Ulu Yam, sdra Lokman Mujib Misnan dari Banting, sdra Mohammad Shaharin Ibrahim aka Ayen dari Muadzam Shah dan lain-lain lagi.
Lokasi pertemuan iaitu di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa dipilih kerana ia berada di kawasan Shah Alam dan diruskan oleh seorang sahabat dari KIK/KISAS iaitu sdra Hisham Hashim. Sdra Hisham telah menyediakan ruang di tingkat atas restoran dengan selesa kerana tidak mengganggu pelanggan-pelanggan lain. Almaklum apabila sudah lama tidak bertemu kerana ada yang telah berpisah dan tidak bertemu semenjak lepas SPM lebih dari 20 tahun lampau sudah pasti pertemuan menjadi hiruk pikuk dan bingit dengan gurauan, usikan dan gelak tawa. Apatah pula ada di kalangan rakan-rakan yang sama kelab dengan Salih Yaacob (if you know what I mean ... :) ).
Pertemuan yang dijadualkan bermula pada jam 9.00 malam bermula agak lewat kerana ramai yang tersesat mencari lokasi dan tersalah info. Sewaktu menunggu hidangan disediakan, satu sesi ta'aruf iaitu meng"update" diri dan keluarga telah dilakukan. Tambahan pula ada beberapa rakan KIK/KISAS yang hadir sama memeriahkan gathering tersebut termasuk "orang kuat" Restoran Nasi Lemak Antarabangsa cawangan TTDI Jaya.
Berikut adalah senarai penuh alumni SMKA Maahad Hamidiah i.e. warga PERAMAH yang hadir:
Ahmad Hazari Ismail (AHI)
Badrul Hisham Hamzah (Bad)
Yusaini Usulludin (Yus)
Nasaruddin Ismail (Nasa)
Mohammad Shaharin Ibrahim (Ayen)
Mohd Khalid Rosman
Safaruddin Hassan (Safa)
Yusrizal Yusof
Nurulhuda Rosli (Huda)
Mohd Zaki Kadir (atoq)
Mohd Sabri Mohd Azhari (Ben)
Azhar Ghazali
Norezuan Ab Malek
Ahmad Razali Isnin
Raja Samsul Bahri
Mohd Razip Idris
Lokman Hakim (Mujib) Misnan
Mohd Fadli Bahari (Awi)
Saleh Abd Latif (blogmaster)
dan rakan-rakan KIK/KISAS
Muhd Hisham Hashim
AH Othman Bin Othman
Abdul Halim Abdul Hamid
Sdra Ahmad Razali telah mencadangkan agar pertemuan dan gathering yang akan datang diadakan di Pulau Labuan. Target date ialah cuti sekolah bulan Mei tahun depan (2010). Semoga ia menjadi satu kenyataan.
Sebelum usai majlis gathering tersebut, satu sesi bergambar telah diadakan menggunakan kamera canggih yang dibawa oleh sdra Yusaini. Sdra AH Othman telah berbesar hati meminjamkan tripodnya supaya tiada yang ketinggalan dalam sesi tersebut. Sdra Ahmad Razali telah berucap secara ringkas agar masing-masing tetap saling berhubungan dan contact mengontact mengekalkan silaturrahmi. Majlis pertemuan tersebut telah diakhiri dengan bacaan doa oleh sdra Nasa. Kemudian semuanya sebak ketika bersalam-salaman dan "hugging" sebelum bersurai.
(p/s: Jika ada sesiapa yang ingin menjadikan Restoran Nasi Lemak Antarabangsa TTDI Jaya, Shah Alam sebagai port pertemuan, meeting point dan sebagainya silalah menghubungi sdra Hisham Hashim di talian 013-335 5117.)
(dari kiri) AH Othman, Shaharin dan Hisham
Sabri aka Ben (berdiri) di belakang Shaharin
(dari kiri) Badrul Hisham Hamzah, Hisham dan AH Othman
(dari kiri) Yusrizal, Ahmad Hazari aka AHI, Ahmad Razali, Mohd Razip, Nasa & yours truely Saleh Abd Latif
(dari kiri) AHI, "Labuan-based lawyer" Ahmad Razali & Mohd Razip
Blogmaster (Saleh) diapit oleh (kiri) Nasarudin Ismail dan (kanan) Khalid Rosman
(dari kiri) Razip, Nasa & Saleh
Mohd Khalid Rosman sedang menta'arufkan diri kepada hadirin yang lain.
p/s: Nombor dobi semasa kat Maahad dulu ingat tak Khalid?
(dari kiri) Safaruddin Hassan (Nombor dobi 471) dan Mohd Fadhli aka AWI
Lain macam jer Ahmad Razali (kanan) merenung Abdul Halim. Ko perli kepala Ahmad ke Lim? hehehe
Mohd Zaki Kadir aka atoq (kanan berbaju merah) dengan rambut pacaknya. Di sebelahnya Razip sedang tekun mendengar celoteh Blogmaster Saleh sementara AHI ketawa sakan.
Assalamua'laikum wbt
ReplyDeleteSaya Mohd Khairi Ibrahim bekas pelajar SMKU 1981 - 1983.
Melihat wajah2 sahabat yg memang lama tak bertemu memang dapat mengimbau kenangan lama di Sg Kantan. Lebih2 lagi sekarang rumah saya di Semenyih. Almost setiap bulan mesti lalu daerah tu dan kenangan lama sentiasa menggamit. Memang Blogmaster Salleh ada menjemput tapi kebetulan saya ada rancangan lain hari tu.
Semoga dapat peluang utk bertemu semula di lain masa, InsyaAllah.
Wassalam.
< boleh reach me at al_kyrie@yahoo.com atau Twitter @tweet_miki >