Monday, October 5, 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS RUMAH TERBUKA PERAMAH SYAWAL 2009!!!




Asssalamualaikum wr wbt dan ucapan Selamat Hari Raya buat semua Warga PERAMAH yang dikasihi!!!!
 
DALAM suasana Raya yang masih begitu dirasai dan dirai, PERAMAH  juga tidak mahu ketinggalan untuk menjayakan satu Majlis yang amat bermakna buat kita semua. RUMAH TERBUKA PERAMAH SYAWAL 2009!
 
Dijangkakan ia merupakan Rumah Terbuka yang Paling Peramah yang pernah dianjurkan oleh mana-mana pihak sebelum ini!!!! (Tidak sekadar kerana kita adalah PERAMAH)
 
Kami bagi pihak PERAMAH begitu berbesar hati untuk menjemput saudara-saudari sekalian seisi keluarga untuk beramai-ramai hadir dan sama-sama memeriahkan lagi majlis tersebut.
 
Butiran Majlis;
1) Rumah Terbuka PERAMAH   SYAWAL 2009
2) Tarikh: 17 Oktober 2009
3) Tempat: Laman SMKA Maahad Hamidiah Sungai Ramal,
                  Kajang Selangor.
4) Bayaran: RM10.00 (individu) atau RM20 (sekeluarga)
5) Masa: 12.00 tgh - 6.00 petang.
 
Rumah Terbuka ini berkonsepkan kita semua ada Tuan Rumah (host) dengan pihak Exco-exco hanya membantu untuk menyelaraskan majlis ini supaya ia berjaya dilaksanakan mengikut citarasa masing-masing.
 
Namun pada asasnya, beberapa buah gerai akan disediakan bagi menyajikan beberapa jenis juadah. Namun yang lebih digalakkan agar kita semua dapat membawa juadah masing-masing (pot luck) dari rumah masing-masing untuk dikongsi bersama dengan tetamu-tetamu yang lain. 
 
Tidak perlu banyak kerana serba sedikit pun tidak mengapa kerana yang penting hanya bagi memeriahkan lagi suasana dan supaya lebih berwarna warni di samping masing-masing hadir bergaya dalam busana-busana yang pelbagai corak dan warna!
 
Majlis berlangsung dalam secara tidak formal, bebas dan santai walaupun akan diselitkan beberapa aturcara yang akan diumumkan kelak.
 
Saya bagi pihak PERAMAH, amat mengharapkan kehadiran anda sekalian! Ambillah kesempatan untuk anda menjadikan majlis ini sebagai medan pertemuan semula (re union) dengan batch masing-masing!
 
Tidak perlu susah-susah untuk mencari tarikh, masa dan tempat kecuali dengan hanya menjadikan Majlis yang diselenggarakan oleh PERAMAH ini untuk anda bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan anda yang lama itu.
 
Namun pada asasnya tentulah, Rumah Terbuka PERAMAH ini untuk kita semua saling bertemu, berkenalan dan bermesra tanpa mengira tahun kemasukan lama atau baru. Ini kerana itu lebih menjadi matlamat utama majlis seperti ini diadakan!
 
Walau apapun, saya juga amat berharap agar acara Majlis ini dapat disebarkan seluas mungkin kepada semua alumni-alumni Maahad sama ada berdaftar atau pun tidak dengan PERAMAH!
 
Minta semua dijemput hadir!!!! Sila war-warkan dengan apa cara pun dan segala kerjasama anda itu, amatlah kami hargai!
 
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, jangan segan bertanyakan pihak exco termasuk sebarang cadangan DAN sumbangan adalah amat dialu-alukan bagi menjadikan majlis ini sebagaimana yang anda mahukan!
 
Kami juga mengharapkan kepada mana-mana pihak untuk menawarkan khidmat sukarelawan bagi membantu melicinkan lagi persiapan dan perjalanan majlis. Sila kemukan kepada pihak EXCO.
 
Sekian, jutaan terima kasih atas perhatian dan kerjsama anda sehingga kita bertemu di Majlis Rumah Terbuka tersebut. Walaupun diadakan di akhir Syawal namun diharapkan ada keberkatannya buat kita semua, insya Allah!!!
 
Yang benar,
SITI AINIZA KAMSARI
SETIAUSAHA PERAMAH
019-3049484



No comments:

Post a Comment