Thursday, November 26, 2009

Nur Amalina Che Bakri failed her second year?



I received an email regarding the above matter and did some checking on its authenticity.

Rest assured, the news is merely rumour.

Amalina is a bright student. Let her study peacefully. Stop the rumour. Orang yang memulakan khabar angin ini hanyalah seorang yang dengki dengan kejayaan orang lain.

Here is the link for more information:

http://en.wikipedia.org/wiki/Nur_Amalina_Che_Bakri
http://blog.thestar.com.my/permalink.asp?id=27436


Morale:

  • There are so many bad people with bad intentions in Malaysia (and the world).
  • Don't believe anything you read. Do some homework. You can get in trouble starting or forwarding false information.

SALAM AIDIL ADHA

Andainya Ibrahim sanggup mengorbankan anaknya demi menurut perintah Tuhan,

aku mengharapkan itulah aku dalam berkorban membantuk anakku agar menurut perintah Tuhan,

Andainya Ismail sanggup mengorbankan diri demi mematuhi ayahnya menurut perintah Tuhan,

aku mengharapkan itulah aku dalam berkorban demi mematuhi ayahku mahukan aku menurut perintah Tuhan,

Andainya Khadijah sanggup mengorbankan hartanya demi menegakkan perintah Tuhan,

aku mengharapkan itulah aku dalam berkorban menginfakkan hartakun demi perintah Tuhan,

Andainya Fatimah sanggup mengorbankan dirinya demi mematuhi ayahnya menerima cinta Ali atas perintah Tuhan,

aku mengharapkan itulah aku sanggup mengorbankan keinginanku demi cintaku pada isteri atas takdir jodoh Tuhan,

Andainya Umar sanggup mengorbankan anaknya demi menegakkan keadilan siyasah Islam atas perintah Tuhan,

aku mengharapkan itulah aku sanggup mengorbankan pemikiran sempitku demi menegakkan keadilan siyasah negara atas perintah Tuhan,

Andainya Hasan sanggup mengorbankan jawatan khilafahnya demi menegakkan persaudaraan Islam kerana keredaan Tuhan,

aku mengharapkan itulah aku sanggup mengorbankan keegoanku demi menegakkan silaturrahmi antara kita kerana keredaan Tuhan,

Andainya Hussein sanggup mengorbankan jiwa dan kepalanya di Karbala demi menentang kezaliman tirani menyahut seruan Tuhan,

aku mengharapkan itulah aku sanggup mengorbankan masa dan ruang waktuku demi menentang kezaliman siapa sahaja justeru seruan Tuhan,

Andainya kambing menjadi korban sebagai pertaruhan galang ganti Ismail sebagai peabdian suci kepada Tuhan.

aku mengharapkan itulah aku sanggup mengorbankan harta membeli kambing atau lembu untuk dibuat korban saban tahun adanya....

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA UNTUK SEMUA TEMAN SAHABAT HANDAI KAUM KERABAT YANG KENAL YANG TIDAK KENAL YANG SUKA YANG TIDAK SUKA YANG KECIL HATI YANG BESAR HATI YANG MENYAMPAH YANG MENYENANGI YANG MENGUTUK YANG MEMUJI....SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI KALIAN MOHON MAAF ANDAI TIDAK DAPAT KUSEBUTKAN SATU-SATU NAMA KALIAN DALAM DOAKU NAMUN KALIAN TETAP DALAM DOAKU KEPADA TUHAN KERANA KALIAN ADALAH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT ADANYA.

Dari aku, kami dan sekeluarga;

RUMAIZI BIN AHMAD

Wednesday, November 25, 2009

Pesanan Abang Achon



Assalamualaikum,

Umat Islam yang mengerjakan Haji akan berwukuf pada hari esok, Khamis 9 Zulhijjah@26 Nov.

Bagi yang tidak mengerjakan Haji, kita disunatkan berpuasa pada hari tersebut.

Pensyariatan puasa pada 9 Zul Hijjah (Hari Arafah) serta keutamaannya adalah berdasarkan hadith riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah, al-Baihaqi yang bersumber dari Abu Qatadah al-Ansari RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

صَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ سَنَتَيْنِ مَاضِيَةً وَمُسْتَقْبَلَةً

Maksudnya: Puasa Hari Arafah (9 Zul Hijjah) menghapuskan dosa dua tahun, iatu tahun lepas dan akan datang (Lafaz hadith ini adalah bagi Imam Ahmad).

Kata Imam an-Nawawi didalam Syarah Soheh Muslim (Jilid 4 mukasurat 307) mengenai maksud menghapuskan dosa dua tahun: "Yang dimaksudkan dengannya ialah dosa-dosa kecil".

Itulah keutamaan besar bagi sesiapa yang melakukan puasa ini. Sayugianya bagi sesiapa yang cintakan Sunnah Nabi Muhammad SAW tidak melepaskan peluang keemasan yang hanya datang sehari dalam setahun ini.

Selamat berpuasa, berkorban & menyambut Idul adha.

Kullu ‘aam wa antum bi khair.

Semoga segala amal ibadah kita diterima Allah.


Shamsul Bin Abd Karim


Friday, November 6, 2009

PANGGILAN HAJI


Salam, akibat silap terjah, saya ter'chat' dengan isteri orang, sedangkan Abdul Halim Sujai, rakan satu batch di Maahad Hamidiah adalah orangnya yang ingin diajak borak. Malah saya tidak sempat mengenali isterinya yang menggelarkan dirinya Wan itu. Namun dari Wan, beliau memberitahu sesuatu yang amat memeranjatkan.

Rupa-rupanya kawan baik saya ini, Halim kini telah berada di Madinah untuk menunaikan haji dan telah berada di sana sejak Isnin kelmarin.

Sebelum nih Halim langsung tak pernah bercerita bahawa dia akan menunaikan haji. Malah mungkin bukan topiknya lagi kerana usia masih di ambang 40 tahun. Berita ini sangat mengejutkan. Tetapi berikut seperti kata si isteri;

"Halim ni kalau nak buat benda mmg suka diam2...itu yg bagusnya...Tapi dia mmg berniat dan nekad umur 40 mesti gi haji.. Minta2 teruslah berubah jadi makin baik...skrg ni pun dah cukup baik...mana tau makin baik..saya lak kena berubah ikut dia..maklumlah saya ni gila2 sikit... Alaa...Halim tu brutal sikit....nasihat tak pandai...tapi tegur kaw2....mmg keja dia..ada lak yg meleleh air mata dibuatnya... Sehari biasanya 2 kali dia call tapi tulah...asyik2 tersalah waktu...orang dah nak tidur masa tulah baru dia call....tgh adjust masa tidur dan waktu Malaysia...Kalau Kak Ai nak sms dia ni no tel dia...966597893275..@ 0145441315."

Buat kekawan yang seangkatan, kawan kita Abdul Halim Sujai Alhamdulillah telah sampai seru menunaikan haji. Mari kita doakan agar Halim selamat di sana, dapat mengerjakan ibadat dengan baik dan lancar, dan akhirnya pulang dengan haji yang Mabrur!

Agak tersentuh juga hati ini dengan adanya kekawan yang mengerjakan haji pada usia yang relatifnya 'muda' dan sebagaimana beberapa rakan seangkatan lain yang telah selamat mengerjakan haji sebelum ini, Alhamdulillah, syukur kepada Allah!
nota: kemampuan hanya masih pada tulisan, desakan kepada pembaca Utusan Malaysia untuk menjadi Tetamu Allah, diri sendiri?! hehehehhe Insya Allah!

Siti Ainiza

Monday, October 5, 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS RUMAH TERBUKA PERAMAH SYAWAL 2009!!!




Asssalamualaikum wr wbt dan ucapan Selamat Hari Raya buat semua Warga PERAMAH yang dikasihi!!!!
 
DALAM suasana Raya yang masih begitu dirasai dan dirai, PERAMAH  juga tidak mahu ketinggalan untuk menjayakan satu Majlis yang amat bermakna buat kita semua. RUMAH TERBUKA PERAMAH SYAWAL 2009!
 
Dijangkakan ia merupakan Rumah Terbuka yang Paling Peramah yang pernah dianjurkan oleh mana-mana pihak sebelum ini!!!! (Tidak sekadar kerana kita adalah PERAMAH)
 
Kami bagi pihak PERAMAH begitu berbesar hati untuk menjemput saudara-saudari sekalian seisi keluarga untuk beramai-ramai hadir dan sama-sama memeriahkan lagi majlis tersebut.
 
Butiran Majlis;
1) Rumah Terbuka PERAMAH   SYAWAL 2009
2) Tarikh: 17 Oktober 2009
3) Tempat: Laman SMKA Maahad Hamidiah Sungai Ramal,
                  Kajang Selangor.
4) Bayaran: RM10.00 (individu) atau RM20 (sekeluarga)
5) Masa: 12.00 tgh - 6.00 petang.
 
Rumah Terbuka ini berkonsepkan kita semua ada Tuan Rumah (host) dengan pihak Exco-exco hanya membantu untuk menyelaraskan majlis ini supaya ia berjaya dilaksanakan mengikut citarasa masing-masing.
 
Namun pada asasnya, beberapa buah gerai akan disediakan bagi menyajikan beberapa jenis juadah. Namun yang lebih digalakkan agar kita semua dapat membawa juadah masing-masing (pot luck) dari rumah masing-masing untuk dikongsi bersama dengan tetamu-tetamu yang lain. 
 
Tidak perlu banyak kerana serba sedikit pun tidak mengapa kerana yang penting hanya bagi memeriahkan lagi suasana dan supaya lebih berwarna warni di samping masing-masing hadir bergaya dalam busana-busana yang pelbagai corak dan warna!
 
Majlis berlangsung dalam secara tidak formal, bebas dan santai walaupun akan diselitkan beberapa aturcara yang akan diumumkan kelak.
 
Saya bagi pihak PERAMAH, amat mengharapkan kehadiran anda sekalian! Ambillah kesempatan untuk anda menjadikan majlis ini sebagai medan pertemuan semula (re union) dengan batch masing-masing!
 
Tidak perlu susah-susah untuk mencari tarikh, masa dan tempat kecuali dengan hanya menjadikan Majlis yang diselenggarakan oleh PERAMAH ini untuk anda bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan anda yang lama itu.
 
Namun pada asasnya tentulah, Rumah Terbuka PERAMAH ini untuk kita semua saling bertemu, berkenalan dan bermesra tanpa mengira tahun kemasukan lama atau baru. Ini kerana itu lebih menjadi matlamat utama majlis seperti ini diadakan!
 
Walau apapun, saya juga amat berharap agar acara Majlis ini dapat disebarkan seluas mungkin kepada semua alumni-alumni Maahad sama ada berdaftar atau pun tidak dengan PERAMAH!
 
Minta semua dijemput hadir!!!! Sila war-warkan dengan apa cara pun dan segala kerjasama anda itu, amatlah kami hargai!
 
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, jangan segan bertanyakan pihak exco termasuk sebarang cadangan DAN sumbangan adalah amat dialu-alukan bagi menjadikan majlis ini sebagaimana yang anda mahukan!
 
Kami juga mengharapkan kepada mana-mana pihak untuk menawarkan khidmat sukarelawan bagi membantu melicinkan lagi persiapan dan perjalanan majlis. Sila kemukan kepada pihak EXCO.
 
Sekian, jutaan terima kasih atas perhatian dan kerjsama anda sehingga kita bertemu di Majlis Rumah Terbuka tersebut. Walaupun diadakan di akhir Syawal namun diharapkan ada keberkatannya buat kita semua, insya Allah!!!
 
Yang benar,
SITI AINIZA KAMSARI
SETIAUSAHA PERAMAH
019-3049484



Thursday, October 1, 2009

Impromptu Gathering and Get-Together Batch SRP-1983




19 orang warga PERAMAH (batch SRP-1981 & SPM 1985)


Seramai 19 orang alumni SMKA Maahad Hamidiah Kajang Batch SRP-1983, SPM-1985 telah berkesempatan menghadiri perjumpaan dan gathering impromptu yang telah diadakan di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa TTDI Jaya, Seksyen U2 Shah Alam. 


Mengikut pelan asalnya, sesi perjumpaan tersebut diadakan untuk meraikan sdra Yusaini Usulludin yang pulang bercuti dari UK dan hanya menjemput rakan-rakan yang tinggal di kawasan berhampiran. Dengan hanya menyasarkan 5, 6 orang rakan-rakan untuk hadir, organizer - sdra Ahmad Hazari Ismail aka AHI dan Badrul Hisham Hamzah aka BAD, tidak menyangka ramai rakan-rakan lain termasuk dari kawasan luar Shah Alam juga hadir seperti sdra Ahmad Razali Isnin dari Labuan, sdra Nurulhuda Rosli dari Ulu Yam, sdra Lokman Mujib Misnan dari Banting, sdra Mohammad Shaharin Ibrahim  aka Ayen dari Muadzam Shah dan lain-lain lagi.  


Lokasi pertemuan iaitu di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa dipilih kerana ia berada di kawasan Shah Alam dan diruskan oleh seorang sahabat dari KIK/KISAS iaitu sdra Hisham Hashim. Sdra Hisham telah menyediakan ruang di tingkat atas restoran dengan selesa kerana tidak mengganggu pelanggan-pelanggan lain. Almaklum apabila sudah lama tidak bertemu kerana ada yang telah berpisah dan tidak bertemu semenjak lepas SPM lebih dari 20 tahun lampau sudah pasti pertemuan menjadi hiruk pikuk dan bingit dengan gurauan, usikan dan gelak tawa. Apatah pula ada di kalangan rakan-rakan yang sama kelab dengan Salih Yaacob (if you know what I mean ... :) ).


Pertemuan yang dijadualkan bermula pada jam 9.00 malam bermula agak lewat kerana ramai yang tersesat mencari lokasi dan tersalah info. Sewaktu menunggu hidangan disediakan, satu sesi ta'aruf iaitu meng"update" diri dan keluarga telah dilakukan. Tambahan pula ada beberapa rakan KIK/KISAS yang hadir sama memeriahkan gathering tersebut termasuk "orang kuat" Restoran Nasi Lemak Antarabangsa cawangan TTDI Jaya.


Berikut adalah senarai penuh alumni SMKA Maahad Hamidiah i.e. warga PERAMAH yang hadir:


Ahmad Hazari Ismail (AHI)
Badrul Hisham Hamzah (Bad)
Yusaini Usulludin (Yus)
Nasaruddin Ismail (Nasa)
Mohammad Shaharin Ibrahim (Ayen)
Mohd Khalid Rosman
Safaruddin Hassan (Safa)
Yusrizal Yusof
Nurulhuda Rosli (Huda)
Mohd Zaki Kadir (atoq)
Mohd Sabri Mohd Azhari (Ben)
Azhar Ghazali
Norezuan Ab Malek
Ahmad Razali Isnin
Raja Samsul Bahri
Mohd Razip Idris
Lokman Hakim (Mujib) Misnan
Mohd Fadli Bahari (Awi)
Saleh Abd Latif (blogmaster)


dan rakan-rakan KIK/KISAS


Muhd Hisham Hashim
AH Othman Bin Othman
Abdul Halim Abdul Hamid


Sdra Ahmad Razali telah mencadangkan agar pertemuan dan gathering yang akan datang diadakan di Pulau Labuan. Target date ialah cuti sekolah bulan Mei tahun depan (2010). Semoga ia menjadi satu kenyataan.


Sebelum usai majlis gathering tersebut, satu sesi bergambar telah diadakan menggunakan kamera canggih yang dibawa oleh sdra Yusaini. Sdra AH Othman telah berbesar hati meminjamkan tripodnya supaya tiada yang ketinggalan dalam sesi tersebut. Sdra Ahmad Razali telah berucap secara ringkas agar masing-masing tetap saling berhubungan dan contact mengontact mengekalkan silaturrahmi. Majlis pertemuan tersebut telah diakhiri dengan bacaan doa oleh sdra Nasa. Kemudian semuanya sebak ketika bersalam-salaman dan "hugging" sebelum bersurai.


(p/s: Jika ada sesiapa yang ingin menjadikan Restoran Nasi Lemak Antarabangsa TTDI Jaya, Shah Alam sebagai port pertemuan, meeting point dan sebagainya silalah menghubungi sdra Hisham Hashim di talian 013-335 5117.)




(dari kiri) AH Othman, Shaharin dan Hisham



Sabri aka Ben (berdiri) di belakang Shaharin



(dari kiri) Badrul Hisham Hamzah, Hisham dan AH Othman



(dari kiri) Yusrizal, Ahmad Hazari aka AHI, Ahmad Razali, Mohd Razip, Nasa & yours truely Saleh Abd Latif



(dari kiri) AHI, "Labuan-based lawyer" Ahmad Razali & Mohd Razip



Blogmaster (Saleh) diapit oleh (kiri) Nasarudin Ismail dan (kanan) Khalid Rosman



(dari kiri) Razip, Nasa & Saleh



Mohd Khalid Rosman sedang menta'arufkan diri kepada hadirin yang lain.
p/s: Nombor dobi semasa kat Maahad dulu ingat tak Khalid?



(dari kiri) Safaruddin Hassan (Nombor dobi 471) dan Mohd Fadhli aka AWI



Lain macam jer Ahmad Razali (kanan) merenung Abdul Halim. Ko perli kepala Ahmad ke Lim? hehehe



Mohd Zaki Kadir aka atoq (kanan berbaju merah) dengan rambut pacaknya. Di sebelahnya Razip sedang tekun mendengar celoteh Blogmaster Saleh sementara AHI ketawa sakan.



Tuesday, September 29, 2009

Jemputan Kepada Semua Alumni PERAMAH Berkongsi Berita, Cerita, Info dan Foto

Assalamualaikum

Kepada semua warga alumni PERAMAH.

Dijemput untuk berkongsi cerita-cerita, nukilan-nukilan berbentuk nostalgia atau kenangan, berita-berita, sebarang info dan foto-foto aktiviti yang melibatkan warga PERAMAH di laman blog rasmi PERAMAH.

Sebagai contoh, mungkin sdra Izzam aka scootering boleh berkongsi cerita dan aktiviti sambutan hariraya beliau di Sarawak baru-baru ini. Mungkin boleh kongsi foto-foto segala jenis makanan specialty Sarawak yang diomong-omongkan beliau di dalam YG forum.

Sudah pasti di kalangan warga PERAMAH memiliki makanan kegemaran dan special etnik mereka. Al-maklum warga PERAMAH sangat diverse. Ade Banjor (spt Yem, Zaini), ade Jowo (spt Wak Rumaizi, Wak Fatkur dan adiknya Dr Taufik), ade Minang, ade Bugis, ade Kampar, Mandailing, Rawa, yeop dan yong, ujang dan milah dan sebagainya.

Dan sudah pasti juga warga PERAMAH ni sangat pandai bernukilan. Sebahagiannya ada yang mempunyai laman blog sendiri. Inilah masanya jika ingin mengasah bakat penulisan. Boleh rakan-rakan PERAMAH membantu dari segi feedback dan sebagai pembaca.

Jadi, sila emelkan kepada blogmaster atau rakan-rakan Authors yang lain seperti yang tertera di laman blog PERAMAH - http://blogperamah.blogspot.com/

Semoga segala jasa dan sumbangan anda semua warga PERAMAH diberi keberkatan dan rahmat oleh Allah SWT.


regards,
blogmaster
Saleh Abd Latif (batch SRP-1983)