to maahad@yahoogroups.com
date Sat, Sep 12, 2009 at 10:58 PM
subject AL FATIHAH, WARGA PERAMAH MENINGGAL DUNIA, ADIK MASTURAINI TAHIR!
Salam Warga Peramah,
Dukacita dimaklumkan junior Maahad Hamidiah, Masturaini Tahir, Maahad 92 (mungkin SPM) meninggal dunia, pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya pada hari ini akibat sakit kanser kolon (usia).
Allahyarham merupakan adinda perempuan saudara Tahran Nazim Tahir dan lebih tepat lagi arwah merupakan anak Ustaz Tahir (Hussin), guru agama dan bahasa Arab yang mengajar di Maahad Hamidiah di era 70 dan 80an!
( Blogmaster : Sewaktu di Tingkatan 1 dan 2, Ustaz Tahir mengajar blogmaster dan rakan-rakan mata pelajaran Mutholaah dan Tauhid sementara Ustaz Amir mengajar mata pelajaran Qawaid dan Feqah. Beliau mempunyai suara yang nyaring dan pandai berjenaka. Pernah satu ketika blogmaster dan rakan sekelas "terkena" dengan cerita beliau tentang kisah Raja Batak. Tidak dinafikan Ustaz Tahir dan Ustaz Amir dan beberapa ustaz & ustazah lain yang mengajar blogmaster dan rakan-rakan dari tahun 1981 hingga 1983 sangat berjasa besar dan menjadi ingatan di benak memori dan hati kami. )
Saya tidak beroleh maklumat yang lebih jelas mengenai pemergian arwah kecuali diberitahu secara ringkas melalui sms sebentar tadi oleh Faris Hasbullah..
Harap saudara Tahran Nazim dapat memberitahu kita mengenai pemergian arwah terutama untuk warga Peramah dapat menziarahi jenazah.
Saya bagi pihak exco Peramah dan seluruh warga Peramah yang lain mengucapkan takziah yang tidak terhingga kepada keluarga arwah terutama saudara Tahrin atas pemergian adik yang disayangi. Lebih-lebih lagi tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam hendak menyambut AidilFitri, tentu kehilangan arwah Masturaini merupakan satu dugaan yang berat lagi hiba buat keluarga, saudara mara dan rakan-rakan!
Harap pihak keluarga tabah menghadapi kematian yang mungkin tidak terduga ini. Allah lebih menyayangi arwah dan hendaknya ada kalangan warga PERAMAH berkesempatan untuk menziarahi jenazah yang dijangka akan dikebumi esok!
Buat Tahran, harap bersabar dan banyak2kan doa buat arwah.
Sekian, Al Fatihah buat arwah dan didoakan moga arwah bakal dicucuri Rahmat dari Allah dan ditempatkan dikalangan golongan yang soleh!
Al Fatihah sekali lagi!
Sekian dimaklumkan!
Siti Ainiza Kamsari
Setiausaha PERAMAH
Blogmaster ingin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga allahyarhamah. Semoga tabah menghadapi ujian dan dugaan dalam bulan Ramadhan al-mubarak ini. Semoga rohnya berada di kalangan hamba-hambaNYA yang beriman dan diredhai. Amin ya rabbal a'alamin. Al-Fatihah!
No comments:
Post a Comment