Assalamualaikum
Kepada semua warga alumni PERAMAH.
Dijemput untuk berkongsi cerita-cerita, nukilan-nukilan berbentuk nostalgia atau kenangan, berita-berita, sebarang info dan foto-foto aktiviti yang melibatkan warga PERAMAH di laman blog rasmi PERAMAH.
Sebagai contoh, mungkin sdra Izzam aka scootering boleh berkongsi cerita dan aktiviti sambutan hariraya beliau di Sarawak baru-baru ini. Mungkin boleh kongsi foto-foto segala jenis makanan specialty Sarawak yang diomong-omongkan beliau di dalam YG forum.
Sudah pasti di kalangan warga PERAMAH memiliki makanan kegemaran dan special etnik mereka. Al-maklum warga PERAMAH sangat diverse. Ade Banjor (spt Yem, Zaini), ade Jowo (spt Wak Rumaizi, Wak Fatkur dan adiknya Dr Taufik), ade Minang, ade Bugis, ade Kampar, Mandailing, Rawa, yeop dan yong, ujang dan milah dan sebagainya.
Dan sudah pasti juga warga PERAMAH ni sangat pandai bernukilan. Sebahagiannya ada yang mempunyai laman blog sendiri. Inilah masanya jika ingin mengasah bakat penulisan. Boleh rakan-rakan PERAMAH membantu dari segi feedback dan sebagai pembaca.
Jadi, sila emelkan kepada blogmaster atau rakan-rakan Authors yang lain seperti yang tertera di laman blog PERAMAH - http://blogperamah.blogspot.com/
Semoga segala jasa dan sumbangan anda semua warga PERAMAH diberi keberkatan dan rahmat oleh Allah SWT.
regards,
blogmaster
Saleh Abd Latif (batch SRP-1983)
Tuesday, September 29, 2009
Mini Golf Tournament
From: "budimanharunalrashi d@gmail.com" <budimanharunalrashi d@gmail.com>
To: maahad@yahoogroups. com
Sent: Sunday, September 27, 2009 11:03:24 AM
Assalamualaikum,
I would like to invite PERAMAH members/non members to register them selves in a mini golf tournament.
The purpose of this tourney is to enhance our social networking and we may look for good players to represent PERAMAH in inter alumni tourney planned next year.
Please call me personally to confirm participation.
Budiman
0192890038
Beauty of Mathematics
Beauty of Mathematics !!!!!!!
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Brilliant, isn't it?
And look at this symmetry:
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321
Now, take a look at this...
101%
From a strictly mathematical viewpoint:
What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?
Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?
We have all been in situations where someone wants you to
GIVE OVER 100%.
How about ACHIEVING 101%?
What equals 100% in life?
Here's a little mathematical formula that might help
answer these questions:
If:
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Is represented as:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
If:
H-A-R-D-W-O- R- K
8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%
And:
K-N-O-W-L-E- D-G-E
11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%
But:
A-T-T-I-T-U- D-E
1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%
THEN, look how far the love of God will take you:
L-O-V-E-O-F- G-O-D
12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%
Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:
While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
get you there, It's the Love of God that will put you over the top!
Friday, September 18, 2009
SALAM HARI LEBARAN!
(foto background dari http://jyn13th.blogspot.com)
BERSEMPENA DENGAN KEDATANGAN SYAWAL BEBERAPA HARI LAGI, SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN ATAU EIDUL FITRI BAGI TAHUN 2009 INI KEPADA SEMUA ALUMNI PERAMAH. SEMOGA BERBAHAGIA DAN BERGEMBIRA DALAM RAHMAT DAN KEREDHAAN ALLAH SWT.
ikhlas dari,
SALEH ABD LATIF
Batch : SRP 1983
SYABAS DAN ALHAMDULILLAH! SUMBANGAN ALUMNI PERAMAH SEBANYAK RM5,000.00
from aman tamala
to maahad group
date Fri, Sep 18, 2009 at 12:37 AM
subject ALHAMDULILLAH - RM 5,000.00 UNTUK MAAHAD
Assalamualaik
Tengahari tadi, saya ke sekolah, bertemu dengan GPK 1, PK HEM dan GPK KoKu untuk menyampaikan rasa simpati PERAMAH terhadap musibah yang menimpa Ustaz Mahadhir pada hari Jumaat lepas, seterusnya saya sampaikan cek derma bernilai RM5,000.00 yang telah berjaya dikumpul daripada alumni.
Saya dimaklumkan bahawa RM24,000.00 yang disamun itu, RM14,000.00 adalah duit guru-guru Mahad yang meminta jasa baik Ustaz untuk menukarkannya di bank manakala baki RM10,000.00 adalah duit derma untuk diagihkan kepada pelajar- pelajar miskin dan yatim di Maahad. jadinya... pihak sekolah telah bermesyuarat dan bersetuju menggunakan duit tabung surau dahulu untuk agihan kepada pelajar. manakala duit guru- guru, perlu dipulangkan. Walau bagaimanapun saya dimaklumkan ramai guru yang 'menghalalkan' portion mereka. Namun saya juga dimaklumkanbahawa ustaz telah membuat personal loan dengan Bank Rakyat untuk cover duit rakan- rakan guru..
Sehubungan itu, pihak PERAMAH sangat2lah berterima kasih kepada semua alumni yang telah menderma utnuk tujuan tersebut. InsyaAllah duit itu akan dimasukkan kembali ke tabung surau oleh pihak sekolah...Semoga jasa baik dan keikhlasan sahabat-sahabat mendapat ganjaran daripadaNya.
Kita sama-sama doakan agar maahad yang kita sayangi..terpelihara daripada musibah dan bencana yang menyukarkan,
SELAMAT MENERUSKAN PUASA RAMADHAN
SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI
SELAMAT BERPUASA ENAM SYAWAL
Thursday, September 17, 2009
SALAM AIDIL FITRI 1430
Salam Aidil Fitri Untuk Semua
Sudah lumrahnya manusia
Kesalahan dan dosa
Takkan terlepas darinya
Umpat keji terkadang mainan bicara
Terkasar bahasa terlepas jua
Gurau senda canda mesra
Kekadang menusuk jiwa
Kutuk-mengutuk perkara biasa
Kekadang menghiris sukma
Sempena bulan maghfirah yang penuh berkah
Lebaran indah yang penuh rahmah
Kami menyusun sepuluh jari sepenuh jiwa
Apalah kiranya agar dosa kami kepada anda
Maafkan sahaja ampunkan kiranya
Jika ada salah silap kami, umpat keji kami, kasarnya bahasa kami
Celanya perbuatan kami, kejinya kelakuan kami,
Dari hujung rambut ke hujung kaki
Kami mohon dimaafi
Semoga Allah jua
Aka memberikan keampunan-Nya
Agar kita terlepas siksa
Di alam
Ikhlas dari kami;
YDP, AJK, dan semua warga
PERAMAH.
Monday, September 14, 2009
SALAM DARI MAAHAD HAMIDIAH! ANDA DIPERLUKAN!!!!!!
from Siti Ainiza Kamsari
to maahad@yahoogroups.com
date Mon, Sep 14, 2009 at 12:52 PM
subject [maahad] SALAM DARI MAAHAD HAMIDIAH! ANDA DIPERLUKAN!!!!!!
Assalamualaikum wr wbt.
Kepada semua warga PERAMAH yang dikasihi. Pada hari ini kita benar-benar terpanggil kepada satu tanggungjawab kita sebagai alumni SMKA Maahad Hamidiah! Tanggungjawab membantu pihak sekolah yang tanpa disangka dan diduga, ditimpa satu musibah yang agak besar.
Berikut rentetan ringkas pada kejadian yang berlaku pada hari Hari Jumaat kelmarin. Iaitu pihak sekolah mengeluarkan wang simpanan mereka sebanyak RM24,000 dari sebuah bank.
Wang berkenaan bertujuan untuk menjayakan program Sumbangan Aidil Fitri kepada pelajar-pelajar SMKA Maahad Hamidiah yang kurang bernasib baik untuk menyambut Syawal, bayaran kepada para petugas sukarela sepanjang Ramadan dan termasuk pembiayaan kos penganjuran majlis.
Majlis itu hendak diadakan pada lusa, Rabu 16hb September seperti yang dirancang sebelum ini.
Wang tersebut berjaya dikeluarkan oleh Ustaz Mahathir, iaitu guru yang bertugas di SMKA Maahad Hamidiah, dibawa pulang dan perlu disimpan ke dalam peti besi sekolah.
Oleh kerana pada hari tersebut adalah hari Jumaat, Ustaz berkenaan tidak sempat untuk menyimpan ke dalam peti besi kerana hendak mengejar waktu Solat Jumaat di Masjid sekolah.
Namun takdir hendak berlaku ketika itu, wang yang beliau simpan di tempat duduk belakang keretanya benar-benar mengundang musibah. Ini apabila keretanya itu telah dipecah oleh anggota samun dan mereka berjaya membawa lari wang berkenaan!!!! RM24,000 lesap!
(Hari Jumaat lazimnya, sekolah adalah terbuka kepada semua umat Islam dari luar sekolah untuk masuk dan mengerjakan Solat Jumaat di situ. Ini menyebabkan pihak anggota keselamatan sekolah tidak ketat terhadap kawalan keselamatan dan melakukan pemeriksaan terhadap mana-mana pihak yang memasuki sekolah ketika itu)
Kejadian ini benar-benar malang! Malang lagi kepada Ustaz Mahathir untuk menanggungnya. Di tambah lagi antara wang yang disamun itu, termasuk wang-wang yang dikirim oleh para guru untuk mendapatkan wang kertas baru. Sudah tentunya untuk tujuan duit Raya atau angpow Raya.
Maka di sini, sumbangan dari kita semua diperlukan bagi membantu pihak sekolah bagi menjayakan majlis itu. Majlis itu tetap diteruskan walaupun pihak sekolah mengalami musibah ini.
Saudara dan saudari sekalian boleh membuat sumbangan ikhlas, iaitu seberapa yang mampu dengan memasukkan ke dalam akaun PERAMAH.
Sekurang-kurangnya dari pihak PERAMAH dijangkakan kita dapat membantu sebanyak RM10.000. Jadi, ini memerlukan satu usaha yang agak pro aktif bagi membantu pihak sekolah bagi menjayakan majlis yang cukup bermakna itu.
Begitupun sebenarnya pihak sekolah akhirnya beroleh jalan keluar menjayakan Majlis itu dengan mendapat 'pinjaman' sementara dari wang simpanan atau tabung Masjid sekolah.
Jadi ini bermakna bantuan dari anda masih diperlukan bagi membolehkan pihak sekolah membayar 'hutang' itu kelak. Ini termasuk meringankan beban Ustaz Mahathir yang tidak semena-mena perlu membayar kepada guru-guru yang mengirimkan mereka untuk ditukar kepada not baru itu.
Resit akan dikeluarkan bagi setiap pembayaran menerusi akaun PERAMAH. Namun bagi mereka yang tidak sempat untuk mendepositkan ke dalam akaun dan wang tunai ada ditangan, Yang Dipertua PERAMAH, Saudara Budiman Harun Al Rashid menawarkan stafnya untuk menemui anda bagi mendapatkan sumbangan tersebut dari anda. Nyatakan sahaja masa dan alamat.
Dengan itu, saya memohon agar rayuan ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya dari pihak saudara saudari demi sekolah kita yang tercinta!
Lakukanlah ini juga sebagai antara amalan-amalan mulia yang dituntut sepanjang bulan Ramadan. Moga dengan sumbangan dari Saudara dan Saudari itu dikira Allah s.w.t sebagai amalan yang wajar mendapat ganjaran berlipat kali ganda dan bagi pihak PERAMAH, amalan mulia Saudara dan Saudari ini sekalian amat kami hargai. Hutang budi yang tidak terbayar namun Allah jua bakal membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, insya Allah!
Pihak PERAMAH sendiri akan membantu dengan kadar tertentu namun ia perlu ditokok lagi menerusi tangan-tangan yang mulia seperti anda semua!
Semoga kita memahami musibah yang menimpa sekolah kita ini dan wajar sekali kita selaku pelajar yang pernah menuntut ilmu di situ membantu mereka!
Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungan exco PERAMAH dan sila panjangkan usaha ini kepada warga PERAMAH lain untuk maksud yang sama!
Sekian, SEMOGA USAHA KITA SEMUA DIBERKATI ALLAH!
Yang benar,
SITI AINIZA KAMSARI,
SETIAUSAHA PERAMAH
019-3049484
PERSATUAN ALUMNI MAAHAD HAMIDIAH KAJANG
Maybank 5620-2160-1480
(Segala sumbangan yang dibuat sila maklumkan kembali kepada Bendahari PERAMAH, Siti Husna Basir 012-362 8600, Penolong Bendahari Zubaidah Salleh 012-268 2771)
Semua sumbangan semestinya dimasukkan ke dalam akaun PERAMAH walau bagai mana pun kita kesuntukan masa utk mencari dana bagi diserahkan pada pihak sekolah. Yang demikian sesiapa ingin menyerahkan sumbangan tunai saya akan mewakilkan staf saya untuk membuat kutipan dan resit rasmi PERAMAH akan dikeluarkan ketika kutipan dibuat.
Saya mensasarkan kutipan sebanyak RM 10,000.00 dapat diserahkan pada hari Rabu 16.9.09 dan saya menyeru semua warga Peramah dapat menyumbang setakat yang mampu bagi meringankan beban yg dihadapi oleh pihak sekolah dan juga ustaz mahathir.
Now this is the time for us to show our solidarity and brotherhood.
Wassalam
Budiman
YDP PERAMAH

Sunday, September 13, 2009
Kematian Warga PERAMAH - Inna Lillahi Wainna Ilahi Roji'un
from Siti Ainiza Kamsari
to maahad@yahoogroups.com
date Sat, Sep 12, 2009 at 10:58 PM
subject AL FATIHAH, WARGA PERAMAH MENINGGAL DUNIA, ADIK MASTURAINI TAHIR!
Salam Warga Peramah,
Dukacita dimaklumkan junior Maahad Hamidiah, Masturaini Tahir, Maahad 92 (mungkin SPM) meninggal dunia, pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya pada hari ini akibat sakit kanser kolon (usia).
Allahyarham merupakan adinda perempuan saudara Tahran Nazim Tahir dan lebih tepat lagi arwah merupakan anak Ustaz Tahir (Hussin), guru agama dan bahasa Arab yang mengajar di Maahad Hamidiah di era 70 dan 80an!
Saya tidak beroleh maklumat yang lebih jelas mengenai pemergian arwah kecuali diberitahu secara ringkas melalui sms sebentar tadi oleh Faris Hasbullah..
Harap saudara Tahran Nazim dapat memberitahu kita mengenai pemergian arwah terutama untuk warga Peramah dapat menziarahi jenazah.
Saya bagi pihak exco Peramah dan seluruh warga Peramah yang lain mengucapkan takziah yang tidak terhingga kepada keluarga arwah terutama saudara Tahrin atas pemergian adik yang disayangi. Lebih-lebih lagi tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam hendak menyambut AidilFitri, tentu kehilangan arwah Masturaini merupakan satu dugaan yang berat lagi hiba buat keluarga, saudara mara dan rakan-rakan!
Harap pihak keluarga tabah menghadapi kematian yang mungkin tidak terduga ini. Allah lebih menyayangi arwah dan hendaknya ada kalangan warga PERAMAH berkesempatan untuk menziarahi jenazah yang dijangka akan dikebumi esok!
Buat Tahran, harap bersabar dan banyak2kan doa buat arwah.
Sekian, Al Fatihah buat arwah dan didoakan moga arwah bakal dicucuri Rahmat dari Allah dan ditempatkan dikalangan golongan yang soleh!
Al Fatihah sekali lagi!
Sekian dimaklumkan!
Siti Ainiza Kamsari
Setiausaha PERAMAH

( Blogmaster : Sewaktu di Tingkatan 1 dan 2, Ustaz Tahir mengajar blogmaster dan rakan-rakan mata pelajaran Mutholaah dan Tauhid sementara Ustaz Amir mengajar mata pelajaran Qawaid dan Feqah. Beliau mempunyai suara yang nyaring dan pandai berjenaka. Pernah satu ketika blogmaster dan rakan sekelas "terkena" dengan cerita beliau tentang kisah Raja Batak. Tidak dinafikan Ustaz Tahir dan Ustaz Amir dan beberapa ustaz & ustazah lain yang mengajar blogmaster dan rakan-rakan dari tahun 1981 hingga 1983 sangat berjasa besar dan menjadi ingatan di benak memori dan hati kami. )
Saya tidak beroleh maklumat yang lebih jelas mengenai pemergian arwah kecuali diberitahu secara ringkas melalui sms sebentar tadi oleh Faris Hasbullah..
Harap saudara Tahran Nazim dapat memberitahu kita mengenai pemergian arwah terutama untuk warga Peramah dapat menziarahi jenazah.
Saya bagi pihak exco Peramah dan seluruh warga Peramah yang lain mengucapkan takziah yang tidak terhingga kepada keluarga arwah terutama saudara Tahrin atas pemergian adik yang disayangi. Lebih-lebih lagi tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam hendak menyambut AidilFitri, tentu kehilangan arwah Masturaini merupakan satu dugaan yang berat lagi hiba buat keluarga, saudara mara dan rakan-rakan!
Harap pihak keluarga tabah menghadapi kematian yang mungkin tidak terduga ini. Allah lebih menyayangi arwah dan hendaknya ada kalangan warga PERAMAH berkesempatan untuk menziarahi jenazah yang dijangka akan dikebumi esok!
Buat Tahran, harap bersabar dan banyak2kan doa buat arwah.
Sekian, Al Fatihah buat arwah dan didoakan moga arwah bakal dicucuri Rahmat dari Allah dan ditempatkan dikalangan golongan yang soleh!
Al Fatihah sekali lagi!
Sekian dimaklumkan!
Siti Ainiza Kamsari
Setiausaha PERAMAH
Blogmaster ingin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga allahyarhamah. Semoga tabah menghadapi ujian dan dugaan dalam bulan Ramadhan al-mubarak ini. Semoga rohnya berada di kalangan hamba-hambaNYA yang beriman dan diredhai. Amin ya rabbal a'alamin. Al-Fatihah!
Saturday, September 12, 2009
KATA-KATA ALUAN BLOGMASTER
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PERAMAH (PERSATUAN ALUMNI MAAHAD HAMIDIAH) KAJANG.
DIHARAP LAMAN BLOG PERAMAH INI DAPAT DIJADIKAN SEBAGAI SATU "ONE-STOP CENTER" ATAU PUSAT SEHENTI UNTUK INFO, BERITA DAN MAKLUMAN YANG BERKAITAN.
SEMUA ALUMNI AMAT DIALU-ALUKAN UNTUK MEMBERI SUMBANGAN DALAM APA JUA BENTUK BERITA, INFO, MAKLUMAN, PENDAPAT DAN PANDANGAN ATAU GAMBAR-GAMBAR MENARIK YANG MELIBATKAN ALUMNI PERAMAH. SILA HANTARKAN KEPADA BLOGMASTER ATAU BLOG AUTHORS YANG TERTERA.
HARAP WARGA PERAMAH SEMUA DAPAT MEMBANTU MENGWAR-WARKAN KEPADA RAKAN DAN SAHABAT PERAMAH YANG LAIN.
WASSALAM.
BLOGMASTER

Subscribe to:
Posts (Atom)