Wednesday, November 25, 2009

Pesanan Abang Achon



Assalamualaikum,

Umat Islam yang mengerjakan Haji akan berwukuf pada hari esok, Khamis 9 Zulhijjah@26 Nov.

Bagi yang tidak mengerjakan Haji, kita disunatkan berpuasa pada hari tersebut.

Pensyariatan puasa pada 9 Zul Hijjah (Hari Arafah) serta keutamaannya adalah berdasarkan hadith riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah, al-Baihaqi yang bersumber dari Abu Qatadah al-Ansari RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

صَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ سَنَتَيْنِ مَاضِيَةً وَمُسْتَقْبَلَةً

Maksudnya: Puasa Hari Arafah (9 Zul Hijjah) menghapuskan dosa dua tahun, iatu tahun lepas dan akan datang (Lafaz hadith ini adalah bagi Imam Ahmad).

Kata Imam an-Nawawi didalam Syarah Soheh Muslim (Jilid 4 mukasurat 307) mengenai maksud menghapuskan dosa dua tahun: "Yang dimaksudkan dengannya ialah dosa-dosa kecil".

Itulah keutamaan besar bagi sesiapa yang melakukan puasa ini. Sayugianya bagi sesiapa yang cintakan Sunnah Nabi Muhammad SAW tidak melepaskan peluang keemasan yang hanya datang sehari dalam setahun ini.

Selamat berpuasa, berkorban & menyambut Idul adha.

Kullu ‘aam wa antum bi khair.

Semoga segala amal ibadah kita diterima Allah.


Shamsul Bin Abd Karim


No comments:

Post a Comment