Friday, September 3, 2010

Ucapan Terima Kasih Dari S/U Peramah Kepada Yang Hadir Majlis Iftar


Salam,

Saya ingin mengambil kesempatan di sini, untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada hampir 40 bekas pelajar SMKA Maahad Hamidiah yang begitu sudi untuk hadir berbuka puasa di dewan makan sekolah semalam. Terutama kepada adik-adik dari batch 2005 dan mereka yang tidak dapat saya sebutkan nama-nama mereka di sini!

Namun kehadiran seperti nama-nama berikut Bro Ahmad Hazari, Bro Nasaruddin Ismail, Bro Zaharuddin, Ustaz Rumaizi Ahmad, Bro Shamsul Abdul Karim @ Acon, YDP kita, Bro Budiman Harun Al Rasyid, Kak Zubaidah Salleh, Adlin Kaharuddin, Hanini Ahmad, Ude Comey, Noni Baharuddin kepada semua diucapkan terima kasih! terima kasih si Daun Keladi!

Begitu juga buat Siti Husna @ Cuna walaupun tidak dapat hadir ekoran menjaga ibunya menjalani rawatan di Hospital Kajang namun banyak membantu menjayakan majlis, Jasa Mu Dikenang!

Walaupun sekadar menu asrama, namun kembali makan menggunakan tray segala-galanya enak apa tah lagi di dewan makan yang banyak mencatatkan sejarah buat kita semua.

Begitupun bagi pihak penganjur, saya memohon maaf jika ada sebarang kekurangan dan tidak sempurna di pandangan mata di sepanjang majlis ini berlangsung! Harap jangan serik, insya Allah, tahun hadapan kita menjadikan majlis agar lebih meriah lagi!

Jutaan terima kasih sekali lagi, Salam Kemerdekaan dan Selamat Menyambut 10 Ramadan yang terakhir!!!

Sekian,
Siti Ainiza Kamsari
S/Usaha PERMAH

Majlis Iftar di Sekolah


Berikut adalah beberapa keping gambar dari koleksi sdri Zubaidah Haji Salleh sewaktu majlis Iftar di asrama SMKU Maahad Hamidiah pada 30 Ogos lalu yang disertai oleh bekas2 pelajar / alumni / murid2 tua ... :)-

Semoga di majlis serupa akan datang akan lebih meriah dan dapat disertai lebih ramai lagi para alumni.

Para ibu yang telah kekenyangan ....

Apalah agaknya yang dipesankan oleh sdra Nasa kita kepada adik2 ... (bukan anak2 ker? he he)



Maaaasihkah kau ingat, sewaktu kita berbaris-baris dahulu .... ketika hendak makan. Makan dengan tray lagi ...