Tuesday, May 16, 2023

SELAMAT HARI GURU 2023

 Selamat Hari Guru 2023

Ikhlas dari PERAMAH


Friday, August 5, 2011

YURAN PERAMAH

salam semua, seperti diwar warkan, kami sedang mengemas kinikan akaun peramah. so,untuk process pembayaran keahlian, sila gunakan akaun MAYBANK 562021601480 PERSATUAN ALUMNI MAAHAD HAMIDIAH KAJANG.untuk akaun ni, anda bole guna www.maybank2u.com/ yuran dikenakan seperti yang termaktub dalam persatuan's constitution details as follows:

PENDAFTARAN ahli RM10,
RENEW KEAHLIAN RM50 PER ANNUM,
dan KEAHLIAN SEUMUR HIDUP RM250 SAHAJA....

setelah membuat pembayaran keahlian tersebut, tuan/puan dikehendaki menghantar slip pembayaran tersebut secara email ke peramah20112013@gmail.com (kami sedang usaha kan fax machine) sekiranya tuan/puan gagal berbuat demikian didalam tempoh 3 hari bekerja, maka pihak ajk peramah akan mengganggap pembayaran tersebut sebagai DERMA IKHLAS daripada tuan/puan dan keahlian tuan/puan dikira masih tertunggak.

ingin saya memetik persatuan kita punya perlembagaan....

"setiap tahun pada bulan januari setiap ahli mestilah menjelaskan yuran keahlian, ahli yang tidak membayar yuran keahlian 2 tahun berturut-turut maka akan terlucutlah keahlian persatuan"

kesinambungan sesuatu persatuan terletak pada sumber kewangan. Remember our Objektif utama adalah untuk pembangunan Alumni dan sekolah maahad sendiri.. so minta semua ahli memberikan kerjasama demi persatuan kita… sebarang persoalan boleh diajukan kepada saya sendiri… sekian terima kasih.



Bendahari Kehormat
Situ Husna Basir aka Cuna
July 22 at 5:26pm

Thursday, July 7, 2011

Pertandingan Merekacipta "PERAMAH"

Sukacita dimaklumkan bahawa JK PERAMAH mempelawa penyertaan para ahli dalam Pertandingan Merekacipta reka bentuk perkataan “PERAMAH” untuk dijadikan ‘brand’. 'Brand' ini akan digunakan utk semua aktiviti PERAMAH termasuk sticker, letterhead, t-shirt, jersey, clip dll. Our aim adalah untuk menggilap 'brand' PERAMAH ini hingga ke arena antara bangsa… ke pelusuk dunia.


berikut adalah syarat2 pertandingan:
  1. Reka bentuk perlu menggunakan perkataan PERAMAH itu sendiri sebagai logo .eg : MILO, Nescafe.
  2. Perkataan hanya boleh menggunakan tulisan rumi atau jawi sahaja tetapi jelas dan boleh dibaca.
  3. Satu penyertaan setiap seorang samada ianya dihantar secara individu atau berkumpulan.
  4. Selebihnya adalah bebas bergantung kepada kreativiti anda.
Tarikh tutup pertandingan: 21 Julai 2011
Penghantaran hasil boleh dibuat dengan e-mailkan kepada: peramah20112013@gmail.com


Pemenang akan memperoleh wang tunai RM250.00

Friday, September 3, 2010

Ucapan Terima Kasih Dari S/U Peramah Kepada Yang Hadir Majlis Iftar


Salam,

Saya ingin mengambil kesempatan di sini, untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada hampir 40 bekas pelajar SMKA Maahad Hamidiah yang begitu sudi untuk hadir berbuka puasa di dewan makan sekolah semalam. Terutama kepada adik-adik dari batch 2005 dan mereka yang tidak dapat saya sebutkan nama-nama mereka di sini!

Namun kehadiran seperti nama-nama berikut Bro Ahmad Hazari, Bro Nasaruddin Ismail, Bro Zaharuddin, Ustaz Rumaizi Ahmad, Bro Shamsul Abdul Karim @ Acon, YDP kita, Bro Budiman Harun Al Rasyid, Kak Zubaidah Salleh, Adlin Kaharuddin, Hanini Ahmad, Ude Comey, Noni Baharuddin kepada semua diucapkan terima kasih! terima kasih si Daun Keladi!

Begitu juga buat Siti Husna @ Cuna walaupun tidak dapat hadir ekoran menjaga ibunya menjalani rawatan di Hospital Kajang namun banyak membantu menjayakan majlis, Jasa Mu Dikenang!

Walaupun sekadar menu asrama, namun kembali makan menggunakan tray segala-galanya enak apa tah lagi di dewan makan yang banyak mencatatkan sejarah buat kita semua.

Begitupun bagi pihak penganjur, saya memohon maaf jika ada sebarang kekurangan dan tidak sempurna di pandangan mata di sepanjang majlis ini berlangsung! Harap jangan serik, insya Allah, tahun hadapan kita menjadikan majlis agar lebih meriah lagi!

Jutaan terima kasih sekali lagi, Salam Kemerdekaan dan Selamat Menyambut 10 Ramadan yang terakhir!!!

Sekian,
Siti Ainiza Kamsari
S/Usaha PERMAH

Majlis Iftar di Sekolah


Berikut adalah beberapa keping gambar dari koleksi sdri Zubaidah Haji Salleh sewaktu majlis Iftar di asrama SMKU Maahad Hamidiah pada 30 Ogos lalu yang disertai oleh bekas2 pelajar / alumni / murid2 tua ... :)-

Semoga di majlis serupa akan datang akan lebih meriah dan dapat disertai lebih ramai lagi para alumni.

Para ibu yang telah kekenyangan ....

Apalah agaknya yang dipesankan oleh sdra Nasa kita kepada adik2 ... (bukan anak2 ker? he he)



Maaaasihkah kau ingat, sewaktu kita berbaris-baris dahulu .... ketika hendak makan. Makan dengan tray lagi ...

Tuesday, May 4, 2010

SUMBANGAN WARGA PERAMAH UTK SAMBUTAN HARI GURU MAAHAD HAMIDIAH 2010


Salam 1Malaysia,

Kepada semua warga PERAMAH yang dirahmati Allah sekalian.

Setiap kali tibanya bulan Mei ini maka kita akan terpanggil untuk 'kembali' dengan cara kita sendiri kepada sekolah anda, SMKA Maahad Hamidiah Kajang Selangor!

Malah telah menjadi tradisi yang di pertahankan bahawa setiap kali tibanya Sambutan Hari Guru, kita di pihak alumni akan menghulurkan sumbangan sedaya mungkin sebagai tanda bekas pelajar yang mengenang dan menghargai pengorbanan para guru.

Justeru, saya bagi pihak PERAMAH memohon jasa baik dan kesudian dari semua warga PERAMAH untuk menghulurkan sedikit sumbangan untuk kita kumpulkan dan serahkan kepada pihak sekolah bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Guru yang akan diadakan pada 17 Mei ini.

Apa juga bentuk sumbangan adalah amat dialu-alukan terutama dalam bentuk bentuk produk, wang tunai dan sebagainya untuk kita muatkan dalam bentuk beg goodies atau bungkusan hamper sebanyak 100 unit sebagai hadiah kepada guru-guru Maahad Hamidiah.

Untuk tujuan penghantaran sumbangan tersebut sama ada kami boleh mengambilnya sendiri mengikut alamat diberi atau saudara saudari boleh menghantarnya sendiri ke kediaman Bendahari PERAMAH Saudari Siti Husna Basir di alamat 24 Jalan Lima Taman Mesra Kajang, Selangor.

Marilah bersama-sama kita menyumbang kepada sekolah yang banyak memberikan makna dalam hidup anda.
Seperti yang kita lakukan pada tahun lalu, pihak Alumni menyumbangkan lebih dari 50 buah naskhah buku-buku pelbagai tajuk (sumbangan saudara Faris, orang kuat di Syarikat Penerbitan terkenal, PTS), sedikit wang tunai dan sebiji kek yang bersaiz besar kepada pihak sekolah.

Dan pihak sekolah memang amat menghargai kesemua sumbangan tersebut.
Saya amat menyeru kepada anda yang dermawan dan prihatin agar menghulurkan sumbangan kecil mahupun besar demi sekolah tercinta. Moga Allah akan balas jasa baik saudara saudari sekali dengan sebesar-besar ganjaran sebagai pelaburan kita di akhirat kelak.

Sekian, segala perhatian anda amat saya hargai dan moga Allah memberkati kita semua dengan sumbangan yang bakal kita serahkan kepada pihak sekolah.

Wassalam mualaikum wr. wbt.

Yang benar,
SITI AINIZA KAMSARI (019-3049484)
& SITI HUSNA BASIR (012-3628600)


Monday, March 1, 2010

Laman Website ALUMNI SEMESTI


Sekadar ingin berkongsi info tentang persatuan alumni SEMESTI yang mungkin boleh memberi motivasi dan idea dalam mempromosi PERAMAH, persatuan alumni SMKA Maahad Hamidiah, Kajang Selangor.

SEMESTI yang bermula pada tahun 1984 lebih muda beberapa tahun dari bekas sekolah kesayangan kita.