Salam 1Malaysia,
Kepada semua warga PERAMAH yang dirahmati Allah sekalian.
Setiap kali tibanya bulan Mei ini maka kita akan terpanggil untuk 'kembali' dengan cara kita sendiri kepada sekolah anda, SMKA Maahad Hamidiah Kajang Selangor!
Malah telah menjadi tradisi yang di pertahankan bahawa setiap kali tibanya Sambutan Hari Guru, kita di pihak alumni akan menghulurkan sumbangan sedaya mungkin sebagai tanda bekas pelajar yang mengenang dan menghargai pengorbanan para guru.
Justeru, saya bagi pihak PERAMAH memohon jasa baik dan kesudian dari semua warga PERAMAH untuk menghulurkan sedikit sumbangan untuk kita kumpulkan dan serahkan kepada pihak sekolah bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Guru yang akan diadakan pada 17 Mei ini.
Apa juga bentuk sumbangan adalah amat dialu-alukan terutama dalam bentuk bentuk produk, wang tunai dan sebagainya untuk kita muatkan dalam bentuk beg goodies atau bungkusan hamper sebanyak 100 unit sebagai hadiah kepada guru-guru Maahad Hamidiah.
Untuk tujuan penghantaran sumbangan tersebut sama ada kami boleh mengambilnya sendiri mengikut alamat diberi atau saudara saudari boleh menghantarnya sendiri ke kediaman Bendahari PERAMAH Saudari Siti Husna Basir di alamat 24 Jalan Lima Taman Mesra Kajang, Selangor.
Marilah bersama-sama kita menyumbang kepada sekolah yang banyak memberikan makna dalam hidup anda.
Seperti yang kita lakukan pada tahun lalu, pihak Alumni menyumbangkan lebih dari 50 buah naskhah buku-buku pelbagai tajuk (sumbangan saudara Faris, orang kuat di Syarikat Penerbitan terkenal, PTS), sedikit wang tunai dan sebiji kek yang bersaiz besar kepada pihak sekolah.
Dan pihak sekolah memang amat menghargai kesemua sumbangan tersebut.
Saya amat menyeru kepada anda yang dermawan dan prihatin agar menghulurkan sumbangan kecil mahupun besar demi sekolah tercinta. Moga Allah akan balas jasa baik saudara saudari sekali dengan sebesar-besar ganjaran sebagai pelaburan kita di akhirat kelak.
Sekian, segala perhatian anda amat saya hargai dan moga Allah memberkati kita semua dengan sumbangan yang bakal kita serahkan kepada pihak sekolah.
Wassalam mualaikum wr. wbt.
Yang benar,
SITI AINIZA KAMSARI (019-3049484)
& SITI HUSNA BASIR (012-3628600)
No comments:
Post a Comment