Friday, December 4, 2009

PUISI PUISI MAAHAD

( Kenangan buat SMKA )

Hari lusa tiada berguna
kerana tiada aku di sana
menanti kiamat yang akan tiba
mencabut nyawa bumi bersama noda
Wsok tiada wujud lagi
bila suara itu menyanyi
meninggalkan lagu-lagu sepi
mengiringi pergi seorang siswi
menuju jurang penuh berisi
mungkin aku begitu juga
tidak sempat bertutur kata
menghulur tangan menghapus dosa
dosa-dosa pada manusia
biar hari ini kunyatakan
sebelum kapalterbang menyambar badan
membawa kupergi ke arah selatan
yang mana mentari tak pernah kelihatan
untuk kuucap selamat tinggal rakan
dengan seribu juta kenangan
‘Selamar Ku Pergi’

?- 1984 – Mala Mulku Adziem. hari-hari terakhir di Maahad Hamidiah.
Petikan dari koleksi Dirdan – antologi puisi kami ( YAZI ) sepanjang 5 tahun di Maahad Hamidiah, Kajang


GEDUNG TOKOH
( MAAHAD HAMIDIAH )


Sebuah nama di puncak abadi,
mencatat keagungan prestasi tinggi
mendidiki
mengasuhi
menjadikan
sebuah masyarakat
yang bakal menggemparkan bumi
dan dunia
dengan kehadiran penduduknya
dengan ketokohan mereka
menggoncangkan negara
kerana
mereka semua\adalah tokoh
yang bakal menunjangi
dan menghujani
kedudukan musuh
Ya Tuhan Rabbul jalil,
musuh Tuhan Rabbul jalil.

Itulah sebuah madrasah
SMKU Maahad Hamidiah namanya
yang telah melontarkan aku
menjadi tokoh yang tak tahu lagi

?- 29 NOV 1984 – Mala Mulku Adziem ( salah satu nama pena Rumaizi semasa di Maahad dan hingga kini ).
-Hari-hari terakhir di Maahad Hamidiah.
Petikan dari koleksi Dirdan – antologi puisi ( YAZI ) kami sepanjang 5 tahun di Maahad Hamidiah, Kajang



MAAHAD HAMIDIAH

Di sini.....
di Maahad ini....
Aku....
dan rakan-rakanku
menimba,
ilmu,
dari guru-guru
hingga harum,
namamu,
Maahad

?-1984 – Orage KL ( salah satu nama pena Yahaya Ramly )
Petikan dari koleksi Dirdan – antologi puisi kami ( YAZI ) sepanjang 5 tahun di Maahad Hamidiah, Kajang. Pernah tersiar dalam Warkah Hamidiah, Majalah Persatuan Pelajar Islam SMKA Maahad Hamidiah, kajang, Ogos 1984 ).


SAJAK KENANGAN MAAHAD HAMIDIAH
Topic: PUISI

Maahad
Kau mengukir sejuta kenangan pada kami
lucu, gembira, sedih, marah dan benci
kau pahatkan dalam dada
Sejak kami mengenal air di kolah
hinggalah kami mengenal tempat direnangi
Kaulah yang mengajar kami
betapa hidup
ada gembira, sedih dan benci
juga mara !
Maahad
Tidak dapat kubayangkan
betapa hibanya hati meninggalkan
segala kenangan yang telah berlalu
tak mungkin kembali lagi
melainkan masa berundur.
Tetesan air mata tak pernah dapat mengundurkan masa
hanyalah mengiringi kenangan senja
diwaktu mentari kuning hilang
di kangkang awan
Kami masih tidak lupa
senyum dan bengis dari manusia
yang ramai tak sejuta
Maahad
izinkanlah kami melangkah pergi
meninggalkan jejakmu
juga jejak-jejak kenangan
kami, rakan-rakan
atau mungkin kami kan kembali
sebagai sebahagian darimu
atau sebagai sang ayah yang menyaksi
anak-anak kami bertempur lagi
di dadamu
Maahad
kau tetap Maahad

-Nukilan teriakhir untuk SMKA Maahad Hamidiah
?-1984 - YAZI ( YAhaya Ramly dan RumaiZI )
- Petikan dari koleksi Dirdan – antologi puisi kami sepanjang 5 tahun di Maahad Hamidiah, Kajang.

No comments:

Post a Comment